Monday 30 January 2012

Blog yang jadi pilihan bacaan krik....


      Salam semua, kali ini krik ingin berkongsi tentang blog yang menjadi pilihan krik untuk membaca dan ternanti-nantikan next post. Korang pun pasti mempunyai blog kesukaan kan?Tapi terlebih dahalu krik ingin memohon kemaafaan kepada folower yang follow my blog tapi krik tidak follow balik. Pada dasarnya krik bukan jenis 'U follow I, I follow back'. Mengfollow tanpa kita membaca isi kandungan blog bukan kecendurangan krik kerana isi yang diketengahan dan penulisan yang baik menjadi pilihan dan pertimbangan krik untuk mengfollow satu-satu blog (pada yang rasa tertipu kerana krik tidak follow balik bolehlah menekan un follow). Krik sedar , isu ini telah sering dibincangkan oleh blogger-blogger senior lain . Pada krik, jumlah follower yang  ramai tidak menjanjikan kepuasan pada krik kerana kepuasan sebenarnya adalah krik dapat berkongsi sesuatu disamping ingin menambah kenalan.

      Bebalik pada tajuk yang krik tulis, terdapat beberapa blog yang sering menjadi medan krik meng release tension dengan membaca karangan diorang. Blog yang biasa dibaca adalah perkongsiaan pengalaman, kehidupan , politik dan juga agama.

      Blog pertama yang krik nanti-nantikan updates adalah blog Another Chinese Muallaf. Blog ini adalah blog yang diasaskan oleh seorang Muallaf Chinese yang menceritakan suka duka golongan Chinese yang mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam. Selain kupasan tentang pandangan beberapa isu budaya Chinese yang kadang-kala menjadi isu dalam  kehidupan sebagai penganut islam. Segala kupasannya adalah menarik dengan penerangan dari sudut pandangan mereka yang bukan lahir sebagai penganut Islam dan pada sama bukan berbangsa Melayu. Bagi yang teringin untuk membaca tulisan tentang isu-isu Chinese Muslim boleh ke lifemualaf.blogspot.com  .

       Blog kedua yang menjadi pilihan kedua krik adalah blog Dari Kelate Ke Copenhagen. Blog seorang pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Copenhagen dimana isu yang diketengahkan adalah pengalaman hidup di tempat orang disamping perkongsiaan tempat menarik yang boleh dilawati disana. Kupasan dan gambar-gambar yang menarik mampu membuatkan anda untuk terbanyangkan diri anda disana. Blog ini boleh terjah di http://darikelatekecopenhagen.blogspot.com/ .

     Diharap korang boleh berkongsi dengn krik, blog-blog yang super best untuk bacaan krik. Krik akan membaca jika masa mengizinkan disamping kelajuaan internet yang super laju.

krik: Suker blog yang menggunakan bahasa-bahasa yang indah dan simple




Read more...

Friday 27 January 2012

Jalan-Jalan tak ingat dunia....


       Salam reader and follower semua. Korang semua sihat? Of course krik terlebih sihat dari biasa bila pulang bercuti. Minggu kedua cuti dirumah, jadual berjalan-jalan menghabiskan duit amatlah padat sampaikan tidak sempat menyempat untuk berblog (sorry semua). Hujung minggu lepas, krik bercuti ke luar negara (opsss, Siam jer). Berjalan-jalan sempena CNY di rumah family di Narathiwat Thailand selama 3 hari amatlah best. For those yang masih baru, krik mempunyai kampung sebelah mak di Narathiwat Thailand. Hmmm, nak kata kampung tak sesuweiii kot kerna rumah kami di tengah bandar.Tapi suasana disana amat berbeza dengan budaya yang hampir menyamai orang Kelantan walaupun bahasa yang digunakan lebih pekat (Orang Malaysia selalu tersalah sangka atau tertukar, especially dalam hal negatif dengan melayu selatan Thailand dan Kelantan).

        Berbalik kepada story morie disana, ramai orang bertanya selamatkah pergi berjalan disana?. Well, so far krik berjaya pulang dengan selamat walaupun sering pergi disana. Keadaan tembak menembak dan bom amat jarang berlaku dan jika berlaku banyak terjadi di pusat hiburan (korang paham-paham sendiri la ( pelacuran)). So usah risau, ajal maut di tangan Tuhan. Untuk kesana just perlu buat pass sempadan yang berharga rm 10 + IC + dua keping gambar berukuran pasport (pas sempadan = untuk orang tinggal dan dilahirkan di negeri bersempadan dengan Thailand).

    Aktiviti utama krik disana adalah untuk mencari makan (hehehhehehe) disamping menziarah keluarga ( Datuk dan nenek dah lama tiada). Krik dun noe how to describe makanan-makanan disana yang sangat super best. Untuk pendekkan cerita krik akan senaraikan beberapa fakta tentang selatan Thailand yang merangkumi Narathiwat, Yala, Patani dan Satun untuk bacaan korang semua. Happy reading k. Give me comment jika ingin bertanyakan soalan k.

  • Orang selatan Thailand adalah terdiri daripada Melayu yang serumpun dengan Melayu di Malaysia.
  • Mereka menggunakan bahasa Melayu yang berdialek ala-ala Kelantan tapi lagi pekat dan percakapan mereka turut di campur dengan bahasa Thai.
  • Dari sempadan Kelantan ke Narathiwat, dihubungkan dengan jalan raya yang mempunyai empat lorong tanpa tol (sangat boleh dipuji).
  • Kebanyakan golongan muda di Selatan Thai bekerja di Malaysia dan Bangkok.(Di Malaysia mereka bekerja sebagi pembantu kedai makan).
  • Narathiwat adalah ibu negeri bagi negeri paling hampir dengan Malaysia dan pembangunan disana amat pelahan (Sebab itu timbul isu dianak tiri oleh Kerajaan pusat).
  • Gadis-gadis disana kebanyakkan putih (tak mau tulis lebih-lebih..hihiihihih).
  • Kesan Assimilasi oleh Kerajaan Thailand, kebanyakan golongan muda tidak boleh menulis dalam bahasa melayu (walapun mampu bertutur).
Pantai Narathiwat

Rumah family disana...

Narathiwat

Jalan raya yang super best di Selatan Thai

Disini penguatkuasaan undang-undang kureng skit...

Masa kenduri ..

Ikan tongkol amat popular disini
Untuk edisi ini, setakat ini sahaja tittipan dan perkongsiaan. Semua yang krik tulis diatas adalah daripada pemerhatian krik yang dibesarkan (separuh ) disana.

Krik: Harga makanan disana murah dan ramai orang meniaga makan. I love Thailand but I'm proud to be Malaysian..hihihihi






Read more...

Friday 20 January 2012

Makanan Siam lagi..


Salam reader and follower .Di Kelantan hujan masih turun diselalang seli dengan panas sekejap-sekejap.Al kisah di cuti yang telah bermula, Kelantan mula dibanjiri dengan ribuaan kereta yang entah dari ceruk mana datang sempena cuti CNY yang panjang. Anak-anak Kelantan yang pulang dan pelancong luar yang berniat untuk bershoppimg sakan mula dijumpai merata-rata.

Bab kesesakan jalan amatlah merimaskan krik even naik motor kapcai je. Tadi sempat Merempit cari masalah di Pekan Rantau Panjang untuk mencari barang. Pekan beli belah yang bersempadan dengan Siam penuh dengan pelancong luar yang sibuk membeli belah terutamanya dari Selangor dan Kedah. Kebiasaanya hari jumaat pekan Rantau Panjang akan jadi pekan koboi sekejap tapi tadi menunjukkan simpton kesesakan melampau akan berlaku pada minggu depan (Ahad, Isnin dan Selasa). Solusi terbaik, krik akan menuju oversea(Seberang sungai je) esok untuk beberapa hari bagi menghindari kesesakan sambil mencari makanan Siam yang pure.

Terlajak pergi memburu petang tadi sempat Terbeli or membeli pulut ayam. Ramai pembaca tidak tahu apa pulut ayam kan. Pulut ayam adalah makanan kebiasaan bagi kami(eh kami ker)..Orang Siam lar. Ayam yang digoreng dengan rempah special dan pulut yang ditanak dan dicicah dengan pencicah buatan sendiri sangatlah super best(tertunai satu lagi impian yang lama tertungak ketka diSabah). Harga ayam bahagian dada dan seketul pulut adalah RM 3 sahaja tunai. Kira murah coz harga ayam disini memcecah rm 8 kg. Nanti di Siam krik akan updates banyak lagi makanan unik dan pure Siam untuk tatapan korang..Sawakedap..eh..silap..Salam semua...

Ini rupanya Pulut ayam....Jemput..jemput..



Read more...

Tuesday 17 January 2012

Pusing-pusing negeri Serendah Sekebun Bunga...(*_*)




Salam all reader semua. Pertama kali, krik ingin ucapkan ribuaan terima kasih pada semua yang komen dan baca post sebelum ini. Semua kata-kata nasihat dan rangsangan amatlah dihargai. Berbalik pada post kali ini, keadaan hujan yang berterusan membuatkan krik banyak menghabiskan holiday dengan mengambil kesempatan untuk tidur yang cukup lama. Al maklum hujan tidak berhenti, maka semua aktiviti luar tidak dapat diteruskan. Sambil melayan drama korea (Sah-sah dicop kaki korea pasni) ditambah hidangan makanan yang datang bertalu-talu (taktik mak untuk gemukkan anakknya yang kurus cekeding sejak pergi Sabah) amatlah rasa seperti di Heaven..hihihihihihi.

      Tapi ahad lepas krik tiga sekawan (kawan baik sejak sekolah menegah),kitaorg sempat merayap menunggang kancil berjalan-jalan cuci mata + bergosip    bertemu setelah sekian lama tidak berjumpa. Destinasi yang dituju biasanya dilakukan spontan bila semua ahli kumpulan diatas kereta. Tapi destinasi yang di tuju biasanya tempat makan baru yang belum pernah di singgah or mengkedarah. Setiap kali outing, kami ala-ala food hunting. Serbu makan dan memberi bintang pada makanan yang dimakan. Krik lak share with korang melalui blog tak seberapa ni..

      First destinasi hari kejadiaan, kami menyinggah di kedai nasi Bukhari di lebuh raya Kota Bharu-Pasir Mas. Gambar tidak menyempat di snap kerana semua kebulur dan melahap tahap tidak ingat dunia. Habis makan dengan perut kembung baru teringat. Makanan BEST dan boleh diterima. Tengah menyandar dikerusi, tiba-tiba bunyi DUM...sekali tengok ke arah kereta ...Kancil milik kawan kena langgar dek kembara mak cik owner kedai yang mengundur kereta entah apa-apa. Kancil luka disisi kiri dengan kecederaan tidak serius dan makcik kedai dengan senang cerita suruh hantar kedai dan dia bayar harga repair. Fuh, nasib baik tidak minta makan free nasi bukhari setahun.

     Sudah alang-alang berjalan, kancil yang cedera tetap di tunggang menuju Pantai Irama Bachok.Perjalanan mengambil masa 50 minit dari Pasir mas. Niat hati mahu melihat kesan Ombak rindu, Ong bak ,Ombak besar yang menghakis dan merosakkan kemudahan disana.Kesannya amat ketara,dengan ombak jelas makin dekat dengan premis kedai dan pondok. 

Pantai Irama Bachok yang sunyi dek kerna bukan hujung minggu
       Misi seterusnya diteruskan untuk mencari hidangan ringan(tidak berapa ringan)di Kota Bharu. Hajat hati mahu makan kek tidak secret resepi di Restoren Wau, tapi berubah angin untuk mengekdarah donut Big Apple di Tesco di tepi sungai Kelantan. Ngap..ngup..kekenyangan ,kami bersidai di Tepi sungai Kelantan ala-ala boye menghabiskan masa. Melihat air sungai yang besar dek kerna hujan yang berpanjangan dan projek Highway dan jambatan baru yang tidak SIAP-SIAP walaupun dah sepatutnya siap tahun ini...

Big Apple donut...Gebussss sangat
Air sungai Kelantan yang nak sama tinggi dengan jambatan
 
        Misi berakhir setelah letih bersadai + cuci mata dan dihantar pulang ke rumah di Rantau panjang. Sesiapa yang pernah datang RANTAU PANJANG kawasan beli belah bersempadan dengan THAILAND? Diceruk tu lar krik tinggal...


Krik alfie: Glad to be at my Home Town.. Negeri Cik Siti Wan Kembang






Read more...

Saturday 14 January 2012

Ini kisah ku....Kisah untuk pengajaran semua..


Salam pada semua reader and follower...
agak lama krik tidak menitipkan cerita ilmiah yang boleh dijadikan pengajaran bersama...
hari ini rasa gatal tangan untuk berkongsi satu cerita yang selama ini hanya krik rahsiakan...
Cerita yang diharap mampu menjadi pengajaran semua..
Bagaimana rasanya bila milik-NYA diambil kembali dari kita hambanya...
Bagaimana kita mula menghargai pemberiaan sesudah itu...

Post kali ini sedikit panjang...
Kisah rahsia yang tidak pernah krik kongsikan kepada sesiapa walaupun kejadian ini telah empat tahun berlalu...Oh cepatnya...dan rasa terbebannya menanggung sendirian....
Kisah dimana bermula empat tahun lalu sekitar 2008...
Krik ketika itu baru 2 bulan melangkah ke UMS untuk menagih ilmu...
di pendekkan cerita tanggal 10/10/08 krik dapat panggilan sekitar magrib yang mengatakan rumah krik terlibat dengan kebakaran...
Saat itu..entah apa yang patut dirasa...bercampur..Persoalan KENAPA AKU..KENAPA AKU..KENAPA AKU berulang-ulang di benak fikiran...

Hp dimatikan dan dalam bilik yang dihuni oleh empat orang krik menagis dalam senyap dimeja tanpa diketahui oleh roomate-romate lain..
mungkin itu reaksi spontan untuk krik yang lebih suka berahsia dalam sesetengah hal...
 
Banyangkan kami kehilangan harta dunia hampir segala-galanya..Rumah, kereta, motosikal, kedai perniagaan dan rumah sewa..
Yang tinggal pada krik hanya baju dalam loker dibilik...
Dan esok krik berjalan ke kelas seperti biasa.Seolah-olah tidak ada apa yang berlalu, jauh sekali teman-teman mengetahui akan hal tersebut..
Krik cuba menjadi tabah..dan kesannya final exam 2 bulan kemudian menjadi saksi celarunya diri krik dalam menghadapi dugaan..
Result exam krik sangat teruk walaupun masih lulus...
Saat paling teruk adalah bila tiba masa untuk balik cuti semester...Krik gagahkan kaki untuk pulang walapun diri tidak sanggup untuk melangkah pulang..
Akhirnya krik pulang dan hati terus di robek melihat sisa-sisa kehidupan menjadi abu...
Sedih dan pilu..Kami hilang mata pencarian dan segala-gala...Tapi itulah kehidupan,kena gagahkan diri...krik kembali ke UMS walaupun teringin sangat untuk berhenti belajar untuk membantu keluarga...

Keputusan yang diambil adalah meneruskan perjuangan kerana menyambung pelajaran adalah permintaan Arwah nenek...Gagahkan diri..dan berbekalkan duit PTPTN berkisar rm 2100 setiap semester setelah ditolak yuran pengajian, krik terpaksa untuk mengunakan sebaik mungkin dalam membuat perbelanjaan makanan, tiket kapal terbang, buku dan keperluan lain..Bunyi terlalu senang, tapi rm 2100 untuk lima bulan di negeri orang amat sedikit...Tiket kapal terbang yang menjangkau rm 500(coz krik kena transit dua flight)..Haga makanan yang tinggi di Sabah membuatkan kita lagi berhemah berbelanja..Mungkin itu hikmah Tuhan yang memberi pada krik untuk belajar hidup.

Dan , Alhamdullilah..syukur pada Tuhan...Sekarang krik berada di tahun empat pengajiaan. Tinggal satu semester untuk dihabiskan dan dengan duit sebanyak itu krik mampu untuk berjimat cermat. Kalau susah sedikit terpaksa makan sekali sehari apalah sangat kerana kita perlu ingat ada lagi orang yang lagi susah dari kita. Kadang-kala krik cuba jadikan cerita dan apa yang menimpa krik sebagai pengajaran pada kawan-kawan yang masih merungut tetang duit, sedangkan mereka masih dibekalkan dengan duit bulan oleh ibubapa, tiket penerbangan dibeli.Pokoknya hargai apa yang kamu ada.Tuhan maha adil, DIA memberi dan DIA juga boleh mengambil bila-bila masa..Kini kami masih dalam sesi pemulihan dan lebih merasai nikmat hidup berbanding sebelum.

Hargai apa yang ada ada...
Sehingga berumpa lagi..wasalam..





Read more...

Friday 13 January 2012


Salam semua...
sekarang krik sudah kembali ke rumah..Home sweet home..
selepas 5 bulan merantau ke negeri orang...
fuHhhH..Perasaan yang tidak dapat digambarkan...
biar seburuk mana rumah kita tapi itulah tempat terbaik..

Berada di rumah bermakna krik tidak lagi perlu memikirkan untuk makan apa masa tengahari..malam?
apa yang disediakan ibu adalah tetap yang terbaik dan terlazat even hanya telur masak kicap...
rindu pada budu+petai +nasi dagang+nasi kerabu bakal berakhir..
menikmati musim hujan disini untuk sambil berbungkus dalam selimut amat la best..
hehehehe...




Read more...

Thursday 12 January 2012

Kembali ke kampung halaman


Salam semua reader...
Alhamdullilah....
syukur kerana telah tamat menghadapi exam dan kini berada di LCCT...
Berkesempatan untuk menaip blog kesayangan di kala menunggu transit ke Negeri bertuah..
fuhhhh..menunggu adalah satu kelemahan krik..
transit yang biasanya berbeza 4 jam diisi dengan termenung melihat telatah manusia..
hirup pikuk dari orang yang pelbagai bangsa kadang kala menghibur hati...
tapi menunggu tetap boring...
kelemahan berada di atas flight juga amat menduga jiwa...
3 jam setengah amat memboringkan,,
tidur tidak lena...duduk tidak senang dek tempat yang sempit...

Tapi hati tetap berbunga riang dek kerna nak kembali ke negeri serendah sekebun bunga...
MAKANAN menjadi target untuk dikerjakan...
menyihatkan badan yang makin kurus kering dek tidak berapa ngam dengan makanan..
Target sebelum kembali ke Sabah akan naik 5 kg..
hehehhee..
orang mau kurus krik mau gemuk..hihihih...
Bermula cuti bermula kerja mengupdates blog dengan lebih kerap..
so nantikan..

sekian daripada si boring menunggu penerbangan
love u allllll..








Read more...

Monday 2 January 2012

Exam akhir menjelma

Salam people....
esok final exam krik yang pertama...
tangan gedik menaip blog setelah berhempas pulas membaca..
otak rasa dah tak berapa betul..
siang malam sama sahaja..(kes tak keluar bilik)hihihihih
ada 3 subjek killer sem ni...Finance, enzyme and fermentation..
Most tak suker Finance...subjek minor yang terpaksa diambil...
(lemah bangat dengan kira2)
Yang penting minggu depan hari khamis balik semenanjung..
nah tu dia...ari rabu habis exam terus terbang hari khamis..
6 bulan kot di SABAH...
nak balik balas dendam...mau makan banyak2..
kesian kat badan yang kurus kering ni..hihihih

K ..la sehingga berjumpa lagi...
wish me luck...
mood sangat nak balik makan ..hahahha
bye



Read more...