Thursday 5 July 2012

Terima Kasih semua ^_^



Syukur kehadrat ALLAH. Segala puji keatas Nabi  junjungan. Tanggal 05/07/12 mencatatkan satu sejarah dimana halangan untuk memperolehi segulung ijazah iaitu penghantaran Tesis telah selamat  diselesaikan. Dengan rasmi, tugas sebagai pelajar di UMS bakal ditinggalkan.Menanti untuk pulang kepangkuan negeri tercinta setelah lama mencurah usaha dan tawakal di bumi di Bawah bayu. Ijazah bakal di gengam diakhir bulan oktober (Insyallah). Tiada daya usaha dan berterima kasih diri ini luahkan pada insan2 yang banyak mencetus sensasi untuk terus bertahan. Ijazah yang bakal diperolehi adalah hadiah buat arwah nenek tercinta yang banyak mencetus dalam melihat cucunya mencapai puncak kejayaan . Terima kasih tidak terhingga dan akan dirimu ku kenang dalam doa selalu. 


    Buat ibu tercinta yang banyak berkorban air mata dan tenaga buat diri ini. Kegigihan dan kesungguhan dalam memberi inspirasi dari kisah silam mu amat berbekas dihati. Andai ijazah ini mampu ditukar milik akan ku pahat nama mu sebagai galang ganti . Oh ibu ku yang tidak pernah mengenal abjad dan huruf. Diri ini memohon maaf andai menguris lubuk hatimu. Kejayaanku kini adalah pantulan dari berkat doamu.


            Kawan serta sahabat yang dikasih. Kamu tempat mengadu, tempat berkongsi rasa.Terima kasih atas semua pertolongan dan masa yang dikongsikan. Masa berlalu pantas, meninggalkan segala memori yang akan sentiasa terpahat di memori.Semoga kita diberi kesempatan untuk bersua kembali pada masa depan.

            Buat kaum keluarga, pensyarah dan mereka-mereka yang terlibat.Terima kasih atas segala pertolongan yang diberikan.Jasamu kalian moga tidak akan dilupakan diri ini.  



p/s: Moga dipermudahkan untuk  mendapatkan pekerjaan nanti.. 





Read more...