Syukur kehadrat
ALLAH. Segala puji keatas Nabi
junjungan. Tanggal 05/07/12 mencatatkan satu sejarah dimana halangan
untuk memperolehi segulung ijazah iaitu penghantaran Tesis telah selamat diselesaikan. Dengan rasmi, tugas sebagai
pelajar di UMS bakal ditinggalkan.Menanti untuk pulang kepangkuan negeri
tercinta setelah lama mencurah usaha dan tawakal di bumi di Bawah bayu. Ijazah
bakal di gengam diakhir bulan oktober (Insyallah). Tiada daya usaha dan
berterima kasih diri ini luahkan pada insan2 yang banyak mencetus sensasi untuk
terus bertahan. Ijazah yang bakal diperolehi adalah hadiah buat arwah nenek
tercinta yang banyak mencetus dalam melihat cucunya mencapai puncak kejayaan .
Terima kasih tidak terhingga dan akan dirimu ku kenang dalam doa selalu.
Buat ibu tercinta yang banyak
berkorban air mata dan tenaga buat diri ini. Kegigihan dan kesungguhan dalam
memberi inspirasi dari kisah silam mu amat berbekas dihati. Andai ijazah ini
mampu ditukar milik akan ku pahat nama mu sebagai galang ganti . Oh ibu ku yang
tidak pernah mengenal abjad dan huruf. Diri ini memohon maaf andai menguris
lubuk hatimu. Kejayaanku kini adalah pantulan dari berkat doamu.
Kawan serta sahabat yang dikasih.
Kamu tempat mengadu, tempat berkongsi rasa.Terima kasih atas semua pertolongan
dan masa yang dikongsikan. Masa berlalu pantas, meninggalkan segala memori yang
akan sentiasa terpahat di memori.Semoga kita diberi kesempatan untuk bersua
kembali pada masa depan.
Buat kaum keluarga, pensyarah dan mereka-mereka
yang terlibat.Terima kasih atas segala pertolongan yang diberikan.Jasamu kalian
moga tidak akan dilupakan diri ini.
Read more...