Thursday 4 April 2013

Weird and colorful food





Salam semua, kali ini tak mahu updates leleh panjang .Just nak share my sweet memori membantu  mak di dapur(paksa rela?). My Mom good in cooking. All types of foods and cookies dia pandai. Where ever you go, masakan ibu yang terbaik even hidangan itu simple.









P/S: Tak sabar nak balik kg ....

Read more...

Tuesday 26 March 2013

Rezeki ku di Rawang Selangor




Syukur ke hadrat Ilahi, akhinyaaaa...diberi kekuatan dan gagahkan jari untuk kembali menitip disini untuk berkongsi apa yang dikurnia pada diri ini. Alhamdullilah, seusai tamat pengajian, diri cuba memanjakan diri untuk bersama keluarga sebelum mula mengintai peluang dan ruang kerjaya. Tanggal penghujung 2012 dan awal tahun 2013,panggilan interview datang mencurah-curah.

    Interview pertama di Damansara, syarikat dari Korea Selatan. Hambik, masa interview tiga orang semua dari Korea. Apa lagi Anyoesayeo la..Hehehhe..Tapi rezeki tidak menyebelahi diri.Gagal kot coz senyap dan sunyi sepi selepas itu. Tapi rezeki itu milik Allah, ditakdir dan dipanggil interview di Rawang yang mana company itu milik orang Taiwan. Dan syukur berjaya dan ditawarkan posisi QA Executive. Atas kurnia Allah saya terpilih dan menjadi wakil tunggal Melayu Islam bahagian Pengurusan tertinggi.Dan syukur kerna gaji yang ditawarkan berbaloi selain diberi rumah (free sewa, elektrik n air). Kawan office walaupun semua Cina dan Taiwan amat menghormati dan fully respect me sebagai rakan sekerja.


   Now hampir memasuki tiga bulan bekerja disini dan segalanya masih lancar. Ingat semua. Rezeki itu rahsia ALLAH.Bila tertulis itu rezeki kita maka cepat atau lambat tetap menjadi hak kita. Kita perancang tapi pelaksana yang sebenar bukan kita. Buat yang terbaik dalam hidup dan sentiasa menjadi positif dalam kehidupan. Insyallah akan dipermudahkan sgalanya.




Read more...

Saturday 22 December 2012

Cuti Buah-buahan



Salam semua! Kejap-kejap krik ghaib dari mencoret kisah disini kan?Hihihihi. Ampun yer. Mood hujan di belah pantai timur sekarang mungkin membangkit kembali sensasi krik untuk kembali menaip. Yup, hujan telah memasuki seminggu dengan skala hujan separa lebat dan banjir belum terjadi. Ok tutup citer pasal hujan. Kisah minggu ni pasal kembara atau jejalan di hulu Kelantan selama tiga hari dua malam untuk 'memburu ' buah-buahan.

       Hulu Kelantan? Yup. Tepat apa yang bermain difikiran anda. Kampung yang di tuju adalah Kg Bahagia yang terletak di Daerah Kuala Krai. Perlu menaiki bot selama 45 minit menyusuri Sungai Kelantan. Apa yang membuatkan pengalaman lagi best adalah No safety Jacket provided (Sesiapa yang penakut disaran untuk tidak mencuba, takut jantung berhenti berdenyut sepanjang perjalanan). Hehehe. Kebiasaan bagi orang tempatan tapi sedikit  scary for me yang jarang untuk memcuba aksi extrem ini (nota kaki: sedikit jer krik ketakutan ^-^ ).

       But, the best thing is korang boleh lihat the best view di sekeling sungai Kelantan  yang masih 'dara' dari pencemaran manusia. Pepohon menghijau dan jangan pandang rendah pada masyarakat disana kerna rumah mereka ada yang lagi ' mewah' dari kita. Gulp! Kaya dengan hasilan hutan mungkin? But I'm glad for them la. Sampai di Kg Bahagia selepas 45minit anda akan naik moto sapu!Hehehe... Yup..Sana ada motor daaa.. ut mostly motor dari negara Thai! Sometime just wonder how that motor boleh ada disini!

      Lupa di mention, lawatan disana adalah untuk melanong + makan angin dirumah ibu saudara. Kg Bahagia actually 100%  tipikal melayu but sekarang ramai penduduk dari Thailand yang datang sebagai pekerja di ladang getah! Penoreh import oleh lokal ( why? mereka mewah dan kaya)So goyang kaki dirumah dan tiap minggu kutip $$ sahaja.


    Nama pun pelancongan buah-buahan kan! so kami serbu kebun duku + manggis sampai tidak ingat. Makan buah lagi banyak dari makan nasi. Durian Krik tolak tepi coz tak minat sangat! Dek kerna buah terlalu banyak disana, maka nilai buah disana jatuh sangat mendadak. Dibiar kera + monyet makan free( binatang ni pun dah tak larat nak makan ).


    Bila nak balik tengok-tengok dah lima kotak buah-buahan penuh untuk diusung. Ya, isi dalam kotak senang tapi mau diangkut turun tangga ke  bot perlu naik dan turun dua anak tangga yang berjumlah 200 anak tangga! @_@. Bila ingat insyallah tidak akan bawa balik banyak kotak dah.Hahahaha..Semput! Just enjoy the pic ye! Panjang bebenor post.



Mampooo? nak naik turun tangga punggah buah dari jeti! Yeah no net time...hahah

45 minit atas bot..So apa yang korang harap? zzzzzz

Giler sekejap..semua nak ambil..last-last azag punggah awah balik

Duku..adik beradik dokong and Langsat.

Ada pekerja dibawa khas,..eh..eh...

OK cukup..Fresh 

Dua kotak ?

Tempat tunggu bot! Mana bot ni..



p/s: Sangat Menarik.... love it...

Read more...

Saturday 1 December 2012

MY Degree- Future plan!



Salam sayang semua! Maaf setelah beberapa bulan “bertapa” dan diserang “virus” malas menghadkan diri untuk berkongsi info dengan reader n follower tentang perkembangan diri. Alhamdullilah , syukur pada ALLAH sekarang krik sudah pun selesai berkonvo dan berjaya memiliki ijazah sarjana muda ^_^ .Melawan malas belajar + masalah jiwa selama empat tahun berbaloi. Syukur diucapkan atas segala doa dan dorongan. Ijazah ini dihadiahkan kepada arwah nenek yang paling banyak memberikan sokongan untuk melihat kejayaan cucu kesayangan ini. Tapi Allah lebih menyayangi tanpa sempat cucu ini berkongsi rasa bahagia. Alfatihah untuk arwah nenek dan moga ditempatkan dikalangan orang beriman. AMIN. Buat ibu bapa dan keluarga yang banyak memberi dorongan nasihat + kewangan + leteran dll terima kasih atas segalanya.

           So apa perancangan krik? Syukur, setakat ini krik sudah mendapat beberapa panggilan untuk interview. Tetapi atas sebab dan musabab yang tidak dapat dielakkan interview tersebut ditolak. Insyallah ada peluang dan ruang lain yang akan terbentang. Insyallah. Sekarang krik bekerja dalam bidang yang tidak berkaitan dekat dengan kawasan rumah dan perniagaan online secara kecil-kecilan. Syukur atas segala rezeki. Target krik akan kembali berkelana ke bumi Selangor untuk mencari rezeki penghujung tahun ini atau awal tahun depan . Moga dipermudahkan segalanya amin. APA? Sambung master? Oh tidak…Mungkin tidak untuk masa ini. Masa depan hanya Tuhan yang tahu.

            Target sekarang untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dan mula mengumpul harta! Atau bekerja keras untuk bayar hutang PTPTN yang berlambak . Nah. Mula mengatur hidup untuk masa depan! So usah ditanya soal kawin dalam masa terdekat.hehehe…

MY name : Number 18 and I'm proud with it!

Konvokesyen ke 14-UMS

FINALLY! Sarjana Muda dengan Kepujiaan Sains Makanan


Terima Kasih 

IT ME! 



p/s: Ilmu itu penting…Gunakan internet sebaiknya (boleh jadi medium bisnes yang baik..hehehehe)








Read more...

Thursday 23 August 2012

EH!!!Raya dah lepas?


Salam sayang semua. Setelah berkurun kemalasan untuk berblog. Hari raya Ke 5 ni, krik tekadkan diri untuk rajinkan diri. First at all, SELAMAT HARI RAYA AIDIL untuk semua reader yang gigih buka, komen blog picisan ini. Maaf andai ada terguris kata dari post2 yang telah  dititipkan. Banyak korang dapat duit raya ? (nada jelous). Syukur  walaupun dah tua Bangka ni ,krik masih lagi terima duit raya (al maklum orang tak kerja lagi).  Alhamdullilah, krik telah berjaya menamatkan Ijazah dalam bidang Sains Makanan setelah empat tahun merantau dibumi Bawah Bayu. Majlis konvo dijangka pada hujung bulan 10 di Sabah .  Perit jerih, dugaan dan segala cabaran ‘dipaksa’ untuk ditempuhi. Doakan krik mendapat kerja yang sesuai (proses mencari).

            Berbalik pasal raya, tahun ini, kami kaum keluarga hanya menyambut raya dengan cerita sedih. Arwah datuk sebelah ayah menghembus nafas pada petang sebelum raya dan dikebumikan dimalam raya. Bayangkan disaat takbir raya sayu-sayu berbunyi, mercun dan bunga api  riuh berbunyi, kami bertungkus lumus bagi proses pengebumian yang siap sepenuhnya pada jam 12 pagi pada satu syawal. Doa dibaca agar arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman AMIN. So tahun ini, tiada gambar pada pagi raya dek kerna keletihan yang amat (tertidur) usai siap menunaikan solat hari raya di masjid.

Pic Raya special tuk korang. Jarang bebenor krik nak masuk gambar sendiri (ni pic raya lama).Pink gitewww..hahahaha(tobat tak mo pakai pink da)


p/s: wElcom junior ke UMS

Read more...

Thursday 5 July 2012

Terima Kasih semua ^_^



Syukur kehadrat ALLAH. Segala puji keatas Nabi  junjungan. Tanggal 05/07/12 mencatatkan satu sejarah dimana halangan untuk memperolehi segulung ijazah iaitu penghantaran Tesis telah selamat  diselesaikan. Dengan rasmi, tugas sebagai pelajar di UMS bakal ditinggalkan.Menanti untuk pulang kepangkuan negeri tercinta setelah lama mencurah usaha dan tawakal di bumi di Bawah bayu. Ijazah bakal di gengam diakhir bulan oktober (Insyallah). Tiada daya usaha dan berterima kasih diri ini luahkan pada insan2 yang banyak mencetus sensasi untuk terus bertahan. Ijazah yang bakal diperolehi adalah hadiah buat arwah nenek tercinta yang banyak mencetus dalam melihat cucunya mencapai puncak kejayaan . Terima kasih tidak terhingga dan akan dirimu ku kenang dalam doa selalu. 


    Buat ibu tercinta yang banyak berkorban air mata dan tenaga buat diri ini. Kegigihan dan kesungguhan dalam memberi inspirasi dari kisah silam mu amat berbekas dihati. Andai ijazah ini mampu ditukar milik akan ku pahat nama mu sebagai galang ganti . Oh ibu ku yang tidak pernah mengenal abjad dan huruf. Diri ini memohon maaf andai menguris lubuk hatimu. Kejayaanku kini adalah pantulan dari berkat doamu.


            Kawan serta sahabat yang dikasih. Kamu tempat mengadu, tempat berkongsi rasa.Terima kasih atas semua pertolongan dan masa yang dikongsikan. Masa berlalu pantas, meninggalkan segala memori yang akan sentiasa terpahat di memori.Semoga kita diberi kesempatan untuk bersua kembali pada masa depan.

            Buat kaum keluarga, pensyarah dan mereka-mereka yang terlibat.Terima kasih atas segala pertolongan yang diberikan.Jasamu kalian moga tidak akan dilupakan diri ini.  



p/s: Moga dipermudahkan untuk  mendapatkan pekerjaan nanti.. 





Read more...

Thursday 28 June 2012

Destinasi yang mesti anda lawati bila bercuti di Kota Kinabalu Sabah!!




Salam semua..Ok!! Krik sekarang keboringan dibilik setelah selesai Viva dan buat Correction untuk Tesis. Hanya menunggu next week (isnin) untuk dapatkan satu lagi tandatangan dari examiner yang bercuti. Moga dipermudahkan semuanya!Amin.

    Entri kali ini krik just nak share few places yang U all should  visit if bercuti di Kota Kinabalu. Dari pengalaman disini, ramai orang semenanjung suka berjalan di Kota Kinabalu dan kebiasaanya percutiaan singkat. Ok, so where korang patut pergi jika datang kesini untuk beberapa hari?Ok..krik akan listkan beberapa tempat sekitar Kota Kinabalu yang patut di lawati sepanjang korang disini.


Gaya Street adalah seperti pasar minggu @ Tani disemenajung. Tapi sini  pasar yang dibuka setiap hari Ahad menawarkan pelbagai barangan kenangan serta barangan tempatan lain . Setiap hujung minggu berduyun2 pelancong tempatan dan luar negara berkeliaran disini.

UMS ! eh..promote tempat sendiri sikit..UMS  adalah tempat yang perlu korang singgah coz disini banyak view yang cantik di UMS juga terdapat akuarium besar yang menempatkan penyu! Nak tgk penyu hidup jom arr...

Oh..!Ini adalah pantai yang ada di dalam UMS.!Sangat cantik especially untuk tengok matahari terbenam..

Ini adalah di  bandar Kota Kinabalu dan tempat pelancong shopping, tershopping or terbabas membeli belah barangan laut . Pelbagai produk seperti ikan masin, ikan bilis yang bergred tinggi dan lain2 terdapat disini pada harga yang berpatutan!! Warning: Minta diskaun kaw2 sikit..!! Kalo korang jenis tak reti @ malu minta kurang,suruh orang lain cakap!!Kalo tak anda mangsa yang senang ditipu

Pasar Kraftangan atau local panggil pasar Pilipin.Ini  bersebelah pasar ikan masin tadi. Adalah tempat shopping bagi semua jenis kraftangan + mutiara + kerongsang! Tapi ingat..Harga sini sebenarnya amat mahal..My suggestion pergi shopping di pasar malam yang dibuka di belakang lorong berdekatan.

Kundasang! Adalah tempat yang korang mesti pergi!! Tempat sejuk dan dapat lihat puncak Gunung Kinabalu jika nasib anda baik. Hanya 2 jam dari Kota Kinabalu dan disini banyak homestay atau hotel dengan kadar yang murah.Psstt: Gambar diatas adalah di Pusat Dakwah di Kg Mesilou (Kampung paling akhir dan paling atas)

Tiga Pulau! Just 15 minit dari jeti di Kota Kinabalu! Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik adalah tempat famous tumpuan pelancong asing especially dari Korea dan China. Di sini korang boleh berjemur, menyelam sambil tengok coral or cuci mata.



ps: Selama empat tahun di Sabah, sudah berjaya membawa ramai kawan2 melawat sini.Ala2 mini promoter lak...


Read more...