Friday, 20 January 2012

Makanan Siam lagi..


Salam reader and follower .Di Kelantan hujan masih turun diselalang seli dengan panas sekejap-sekejap.Al kisah di cuti yang telah bermula, Kelantan mula dibanjiri dengan ribuaan kereta yang entah dari ceruk mana datang sempena cuti CNY yang panjang. Anak-anak Kelantan yang pulang dan pelancong luar yang berniat untuk bershoppimg sakan mula dijumpai merata-rata.

Bab kesesakan jalan amatlah merimaskan krik even naik motor kapcai je. Tadi sempat Merempit cari masalah di Pekan Rantau Panjang untuk mencari barang. Pekan beli belah yang bersempadan dengan Siam penuh dengan pelancong luar yang sibuk membeli belah terutamanya dari Selangor dan Kedah. Kebiasaanya hari jumaat pekan Rantau Panjang akan jadi pekan koboi sekejap tapi tadi menunjukkan simpton kesesakan melampau akan berlaku pada minggu depan (Ahad, Isnin dan Selasa). Solusi terbaik, krik akan menuju oversea(Seberang sungai je) esok untuk beberapa hari bagi menghindari kesesakan sambil mencari makanan Siam yang pure.

Terlajak pergi memburu petang tadi sempat Terbeli or membeli pulut ayam. Ramai pembaca tidak tahu apa pulut ayam kan. Pulut ayam adalah makanan kebiasaan bagi kami(eh kami ker)..Orang Siam lar. Ayam yang digoreng dengan rempah special dan pulut yang ditanak dan dicicah dengan pencicah buatan sendiri sangatlah super best(tertunai satu lagi impian yang lama tertungak ketka diSabah). Harga ayam bahagian dada dan seketul pulut adalah RM 3 sahaja tunai. Kira murah coz harga ayam disini memcecah rm 8 kg. Nanti di Siam krik akan updates banyak lagi makanan unik dan pure Siam untuk tatapan korang..Sawakedap..eh..silap..Salam semua...

Ini rupanya Pulut ayam....Jemput..jemput..


2 comments:

Anonymous said...

mmg sedap.. bulan depan akan ku cari
wang kelian.. tgu kedatanganku

Krik Alfie said...

dekat sempadan2 banyak lar jual..tapi ramai orang luar tak pernah rasa...

Post a Comment

Si Cantik dan Kacak menulis...