Thursday, 28 June 2012

Destinasi yang mesti anda lawati bila bercuti di Kota Kinabalu Sabah!!




Salam semua..Ok!! Krik sekarang keboringan dibilik setelah selesai Viva dan buat Correction untuk Tesis. Hanya menunggu next week (isnin) untuk dapatkan satu lagi tandatangan dari examiner yang bercuti. Moga dipermudahkan semuanya!Amin.

    Entri kali ini krik just nak share few places yang U all should  visit if bercuti di Kota Kinabalu. Dari pengalaman disini, ramai orang semenanjung suka berjalan di Kota Kinabalu dan kebiasaanya percutiaan singkat. Ok, so where korang patut pergi jika datang kesini untuk beberapa hari?Ok..krik akan listkan beberapa tempat sekitar Kota Kinabalu yang patut di lawati sepanjang korang disini.


Gaya Street adalah seperti pasar minggu @ Tani disemenajung. Tapi sini  pasar yang dibuka setiap hari Ahad menawarkan pelbagai barangan kenangan serta barangan tempatan lain . Setiap hujung minggu berduyun2 pelancong tempatan dan luar negara berkeliaran disini.

UMS ! eh..promote tempat sendiri sikit..UMS  adalah tempat yang perlu korang singgah coz disini banyak view yang cantik di UMS juga terdapat akuarium besar yang menempatkan penyu! Nak tgk penyu hidup jom arr...

Oh..!Ini adalah pantai yang ada di dalam UMS.!Sangat cantik especially untuk tengok matahari terbenam..

Ini adalah di  bandar Kota Kinabalu dan tempat pelancong shopping, tershopping or terbabas membeli belah barangan laut . Pelbagai produk seperti ikan masin, ikan bilis yang bergred tinggi dan lain2 terdapat disini pada harga yang berpatutan!! Warning: Minta diskaun kaw2 sikit..!! Kalo korang jenis tak reti @ malu minta kurang,suruh orang lain cakap!!Kalo tak anda mangsa yang senang ditipu

Pasar Kraftangan atau local panggil pasar Pilipin.Ini  bersebelah pasar ikan masin tadi. Adalah tempat shopping bagi semua jenis kraftangan + mutiara + kerongsang! Tapi ingat..Harga sini sebenarnya amat mahal..My suggestion pergi shopping di pasar malam yang dibuka di belakang lorong berdekatan.

Kundasang! Adalah tempat yang korang mesti pergi!! Tempat sejuk dan dapat lihat puncak Gunung Kinabalu jika nasib anda baik. Hanya 2 jam dari Kota Kinabalu dan disini banyak homestay atau hotel dengan kadar yang murah.Psstt: Gambar diatas adalah di Pusat Dakwah di Kg Mesilou (Kampung paling akhir dan paling atas)

Tiga Pulau! Just 15 minit dari jeti di Kota Kinabalu! Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik adalah tempat famous tumpuan pelancong asing especially dari Korea dan China. Di sini korang boleh berjemur, menyelam sambil tengok coral or cuci mata.



ps: Selama empat tahun di Sabah, sudah berjaya membawa ramai kawan2 melawat sini.Ala2 mini promoter lak...


Read more...

Monday, 25 June 2012

After Viva 'Thesis'




Salam semua! Hola! Ceria2 di hari Isnin. Ops..Mood lepas viva tesis katakan. Alhamdulillah pada jumaat bersamaan 22 Jun 2012 krik telah selamat ber"viva". Semua berjalan dengan "lurus" dan hanya terdapat minor correction perlu dibuat. Correction telah pun siap dan sekarang perlu usaha untuk mengejar dua examiner  yang super sibuk!krik punya examiner sorang telah bercuti dan hanya kembali bertugas kembali 2 July 2012. Al Conclusionnya kena tunggu dia balik baru dapat tunjuk correction. Itu tak kisah sangat coz tiket flight krik adalah 10 July dan harap2 tidak ada masalah akan berbangkit. Menghabiskan sisa2 hari di UMS bersama kawan adalah suatu memori yang indah. Jumpa di Kelate pada 10 July..Bye..

Bergambar2 di sekitar UMS pada sabtu lepas sebelum masing2 membawa diri





Read more...

Monday, 18 June 2012

Nasi ulam budu bersama petai dan ikan "Singe"





Salam Isnin semua. Sekarang budak yg sekolah sibuk kesekolah, yang kerja tgh bersiap nak g kerja. Krik lak dah abis paper exam dengan automatik tersedar awal. Bangun awal alamatnya mati kutu awal. Sah2 tengahari nanti terbungkam balik kat katil empuk. Menanti hari Viva dan tarikh balik kampung yg lebih kurang sebulan memang satu penyiksaan. Hari-hari layan movie, on9, borak2, tido, makan, tido dan tido lagi jer dibilik. Fuh punya puas hidup. Nak jalan2 trip pendek lak fulus tak berapa nak izinkan. Dengan bilik yang perlu dibayar hari2 coz just nak tunggu viva, makan segala, nak print tesis dengan print laser + jilid dengan hard cover memang banyak pakai duit.

     Eh, dah satu perenggang dok berceloteh tah apa2. Hm, dengan masa yang ada krik ingat nak lebih rajin berblog (eh macam lar rajin sangat). Seriously, skrg tak sabar nak balik kampung kat Kelate. Perkara nak buat adalah makan, makan dan makan. Masakan mak adalah masakan terbaik kot even masakan simple jer. Setuju? komen lar! kalo tak setuju baca sambil senyum jer..hihihihihhi. Krik teringin nak makan nasi ulam petai dengan budu dan dipekena dengan ikan "singe". Perh, serius memeleh ayat liuq even dok menaip di blog jer. Sini makanan yg krik makan sama sejak 4 tahun dulu (kolej pun cafe kan)..hihihiihi...







Read more...

Friday, 15 June 2012

IJAZAH-School of Science and Nutrition (SSMP)



Salam semua!Berkurun rasa meninggal penulisan diblog. Penulisan krik lebih banyak tertumpu pada Thesis yang sangat memerlukan perahan otak dan kata-kata yang berbunga2. Ampon dipinta pada pembaca..reader yg datang menjenguk tapi tiada pengisian. Coretan pendek ini menjadi saksi yang krik akan kembali aktif berblog setelah baru sahaja menghabiskan exam terakhir pagi tadi (jumaat 15.06.12) untuk pengajian dalam mengejar Ijazah. Yepiiiii..Hip hip horey.....merdeka buta seketika tapi opsss..jumaat depan akan menyaksikan satu lagi ujian besar dimana krik perlu membentangkan tesis yang diusahakan. Moga dipermudahkan untuk selesai sebelum krik kembali ke kampung halaman pada 10.07.12. Langkah makin besar..tanggungjawab pun makin besar..alam pekerjaan akan menjadi fokus selepas ini. Doakan moga krik dimudahkan untuk mendapat kerja..Thank you !!

Kawan-kawan seperjuangan semasa pengajian.SSMP the best!! (School of Science and Nutrition)


Read more...