Saturday, 22 December 2012

Cuti Buah-buahan



Salam semua! Kejap-kejap krik ghaib dari mencoret kisah disini kan?Hihihihi. Ampun yer. Mood hujan di belah pantai timur sekarang mungkin membangkit kembali sensasi krik untuk kembali menaip. Yup, hujan telah memasuki seminggu dengan skala hujan separa lebat dan banjir belum terjadi. Ok tutup citer pasal hujan. Kisah minggu ni pasal kembara atau jejalan di hulu Kelantan selama tiga hari dua malam untuk 'memburu ' buah-buahan.

       Hulu Kelantan? Yup. Tepat apa yang bermain difikiran anda. Kampung yang di tuju adalah Kg Bahagia yang terletak di Daerah Kuala Krai. Perlu menaiki bot selama 45 minit menyusuri Sungai Kelantan. Apa yang membuatkan pengalaman lagi best adalah No safety Jacket provided (Sesiapa yang penakut disaran untuk tidak mencuba, takut jantung berhenti berdenyut sepanjang perjalanan). Hehehe. Kebiasaan bagi orang tempatan tapi sedikit  scary for me yang jarang untuk memcuba aksi extrem ini (nota kaki: sedikit jer krik ketakutan ^-^ ).

       But, the best thing is korang boleh lihat the best view di sekeling sungai Kelantan  yang masih 'dara' dari pencemaran manusia. Pepohon menghijau dan jangan pandang rendah pada masyarakat disana kerna rumah mereka ada yang lagi ' mewah' dari kita. Gulp! Kaya dengan hasilan hutan mungkin? But I'm glad for them la. Sampai di Kg Bahagia selepas 45minit anda akan naik moto sapu!Hehehe... Yup..Sana ada motor daaa.. ut mostly motor dari negara Thai! Sometime just wonder how that motor boleh ada disini!

      Lupa di mention, lawatan disana adalah untuk melanong + makan angin dirumah ibu saudara. Kg Bahagia actually 100%  tipikal melayu but sekarang ramai penduduk dari Thailand yang datang sebagai pekerja di ladang getah! Penoreh import oleh lokal ( why? mereka mewah dan kaya)So goyang kaki dirumah dan tiap minggu kutip $$ sahaja.


    Nama pun pelancongan buah-buahan kan! so kami serbu kebun duku + manggis sampai tidak ingat. Makan buah lagi banyak dari makan nasi. Durian Krik tolak tepi coz tak minat sangat! Dek kerna buah terlalu banyak disana, maka nilai buah disana jatuh sangat mendadak. Dibiar kera + monyet makan free( binatang ni pun dah tak larat nak makan ).


    Bila nak balik tengok-tengok dah lima kotak buah-buahan penuh untuk diusung. Ya, isi dalam kotak senang tapi mau diangkut turun tangga ke  bot perlu naik dan turun dua anak tangga yang berjumlah 200 anak tangga! @_@. Bila ingat insyallah tidak akan bawa balik banyak kotak dah.Hahahaha..Semput! Just enjoy the pic ye! Panjang bebenor post.



Mampooo? nak naik turun tangga punggah buah dari jeti! Yeah no net time...hahah

45 minit atas bot..So apa yang korang harap? zzzzzz

Giler sekejap..semua nak ambil..last-last azag punggah awah balik

Duku..adik beradik dokong and Langsat.

Ada pekerja dibawa khas,..eh..eh...

OK cukup..Fresh 

Dua kotak ?

Tempat tunggu bot! Mana bot ni..



p/s: Sangat Menarik.... love it...

Read more...

Saturday, 1 December 2012

MY Degree- Future plan!



Salam sayang semua! Maaf setelah beberapa bulan “bertapa” dan diserang “virus” malas menghadkan diri untuk berkongsi info dengan reader n follower tentang perkembangan diri. Alhamdullilah , syukur pada ALLAH sekarang krik sudah pun selesai berkonvo dan berjaya memiliki ijazah sarjana muda ^_^ .Melawan malas belajar + masalah jiwa selama empat tahun berbaloi. Syukur diucapkan atas segala doa dan dorongan. Ijazah ini dihadiahkan kepada arwah nenek yang paling banyak memberikan sokongan untuk melihat kejayaan cucu kesayangan ini. Tapi Allah lebih menyayangi tanpa sempat cucu ini berkongsi rasa bahagia. Alfatihah untuk arwah nenek dan moga ditempatkan dikalangan orang beriman. AMIN. Buat ibu bapa dan keluarga yang banyak memberi dorongan nasihat + kewangan + leteran dll terima kasih atas segalanya.

           So apa perancangan krik? Syukur, setakat ini krik sudah mendapat beberapa panggilan untuk interview. Tetapi atas sebab dan musabab yang tidak dapat dielakkan interview tersebut ditolak. Insyallah ada peluang dan ruang lain yang akan terbentang. Insyallah. Sekarang krik bekerja dalam bidang yang tidak berkaitan dekat dengan kawasan rumah dan perniagaan online secara kecil-kecilan. Syukur atas segala rezeki. Target krik akan kembali berkelana ke bumi Selangor untuk mencari rezeki penghujung tahun ini atau awal tahun depan . Moga dipermudahkan segalanya amin. APA? Sambung master? Oh tidak…Mungkin tidak untuk masa ini. Masa depan hanya Tuhan yang tahu.

            Target sekarang untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dan mula mengumpul harta! Atau bekerja keras untuk bayar hutang PTPTN yang berlambak . Nah. Mula mengatur hidup untuk masa depan! So usah ditanya soal kawin dalam masa terdekat.hehehe…

MY name : Number 18 and I'm proud with it!

Konvokesyen ke 14-UMS

FINALLY! Sarjana Muda dengan Kepujiaan Sains Makanan


Terima Kasih 

IT ME! 



p/s: Ilmu itu penting…Gunakan internet sebaiknya (boleh jadi medium bisnes yang baik..hehehehe)








Read more...