Salam sayang
semua! Maaf setelah beberapa bulan “bertapa” dan diserang “virus” malas
menghadkan diri untuk berkongsi info dengan reader n follower tentang
perkembangan diri. Alhamdullilah , syukur pada ALLAH sekarang krik sudah pun
selesai berkonvo dan berjaya memiliki ijazah sarjana muda ^_^ .Melawan malas belajar
+ masalah jiwa selama empat tahun berbaloi. Syukur diucapkan atas segala doa
dan dorongan. Ijazah ini dihadiahkan kepada arwah nenek yang paling banyak memberikan
sokongan untuk melihat kejayaan cucu kesayangan ini. Tapi Allah lebih
menyayangi tanpa sempat cucu ini berkongsi rasa bahagia. Alfatihah untuk arwah
nenek dan moga ditempatkan dikalangan orang beriman. AMIN. Buat ibu bapa dan
keluarga yang banyak memberi dorongan nasihat + kewangan + leteran dll terima
kasih atas segalanya.
So apa perancangan krik? Syukur,
setakat ini krik sudah mendapat beberapa panggilan untuk interview. Tetapi atas
sebab dan musabab yang tidak dapat dielakkan interview tersebut ditolak. Insyallah
ada peluang dan ruang lain yang akan terbentang. Insyallah. Sekarang krik bekerja
dalam bidang yang tidak berkaitan dekat dengan kawasan rumah dan perniagaan
online secara kecil-kecilan. Syukur atas segala rezeki. Target krik akan kembali
berkelana ke bumi Selangor untuk mencari rezeki penghujung tahun ini atau awal
tahun depan . Moga dipermudahkan segalanya amin. APA? Sambung master? Oh tidak…Mungkin
tidak untuk masa ini. Masa depan hanya Tuhan yang tahu.
Target sekarang untuk mendapat
pekerjaan yang sesuai dan mula mengumpul harta! Atau bekerja keras untuk bayar
hutang PTPTN yang berlambak . Nah. Mula mengatur hidup untuk masa depan! So
usah ditanya soal kawin dalam masa terdekat.hehehe…
|
MY name : Number 18 and I'm proud with it! |
|
Konvokesyen ke 14-UMS |
|
FINALLY! Sarjana Muda dengan Kepujiaan Sains Makanan |
|
Terima Kasih |
|
IT ME! |
p/s: Ilmu itu penting…Gunakan internet sebaiknya (boleh jadi medium bisnes yang
baik..hehehehe)
1 comments:
congrats..esok my turb plak =)
http://myaleo.blogspot.com/2012/12/december-2012.html
Post a Comment
Si Cantik dan Kacak menulis...