Tuesday, 26 March 2013

Rezeki ku di Rawang Selangor




Syukur ke hadrat Ilahi, akhinyaaaa...diberi kekuatan dan gagahkan jari untuk kembali menitip disini untuk berkongsi apa yang dikurnia pada diri ini. Alhamdullilah, seusai tamat pengajian, diri cuba memanjakan diri untuk bersama keluarga sebelum mula mengintai peluang dan ruang kerjaya. Tanggal penghujung 2012 dan awal tahun 2013,panggilan interview datang mencurah-curah.

    Interview pertama di Damansara, syarikat dari Korea Selatan. Hambik, masa interview tiga orang semua dari Korea. Apa lagi Anyoesayeo la..Hehehhe..Tapi rezeki tidak menyebelahi diri.Gagal kot coz senyap dan sunyi sepi selepas itu. Tapi rezeki itu milik Allah, ditakdir dan dipanggil interview di Rawang yang mana company itu milik orang Taiwan. Dan syukur berjaya dan ditawarkan posisi QA Executive. Atas kurnia Allah saya terpilih dan menjadi wakil tunggal Melayu Islam bahagian Pengurusan tertinggi.Dan syukur kerna gaji yang ditawarkan berbaloi selain diberi rumah (free sewa, elektrik n air). Kawan office walaupun semua Cina dan Taiwan amat menghormati dan fully respect me sebagai rakan sekerja.


   Now hampir memasuki tiga bulan bekerja disini dan segalanya masih lancar. Ingat semua. Rezeki itu rahsia ALLAH.Bila tertulis itu rezeki kita maka cepat atau lambat tetap menjadi hak kita. Kita perancang tapi pelaksana yang sebenar bukan kita. Buat yang terbaik dalam hidup dan sentiasa menjadi positif dalam kehidupan. Insyallah akan dipermudahkan sgalanya.



4 comments:

Budak Manja said...

semuanya atas izin-NYA/.murah rezeki awak Krik

Krik Alfie said...

Budak Manja: syukur atas kurnia yang diberi...hehhe

Zayani Zulkiffli said...

tahniah dan all the best :)

Anonymous said...

alhamdulillah. terus berusaha :)

Post a Comment

Si Cantik dan Kacak menulis...