Saturday, 14 January 2012

Ini kisah ku....Kisah untuk pengajaran semua..


Salam pada semua reader and follower...
agak lama krik tidak menitipkan cerita ilmiah yang boleh dijadikan pengajaran bersama...
hari ini rasa gatal tangan untuk berkongsi satu cerita yang selama ini hanya krik rahsiakan...
Cerita yang diharap mampu menjadi pengajaran semua..
Bagaimana rasanya bila milik-NYA diambil kembali dari kita hambanya...
Bagaimana kita mula menghargai pemberiaan sesudah itu...

Post kali ini sedikit panjang...
Kisah rahsia yang tidak pernah krik kongsikan kepada sesiapa walaupun kejadian ini telah empat tahun berlalu...Oh cepatnya...dan rasa terbebannya menanggung sendirian....
Kisah dimana bermula empat tahun lalu sekitar 2008...
Krik ketika itu baru 2 bulan melangkah ke UMS untuk menagih ilmu...
di pendekkan cerita tanggal 10/10/08 krik dapat panggilan sekitar magrib yang mengatakan rumah krik terlibat dengan kebakaran...
Saat itu..entah apa yang patut dirasa...bercampur..Persoalan KENAPA AKU..KENAPA AKU..KENAPA AKU berulang-ulang di benak fikiran...

Hp dimatikan dan dalam bilik yang dihuni oleh empat orang krik menagis dalam senyap dimeja tanpa diketahui oleh roomate-romate lain..
mungkin itu reaksi spontan untuk krik yang lebih suka berahsia dalam sesetengah hal...
 
Banyangkan kami kehilangan harta dunia hampir segala-galanya..Rumah, kereta, motosikal, kedai perniagaan dan rumah sewa..
Yang tinggal pada krik hanya baju dalam loker dibilik...
Dan esok krik berjalan ke kelas seperti biasa.Seolah-olah tidak ada apa yang berlalu, jauh sekali teman-teman mengetahui akan hal tersebut..
Krik cuba menjadi tabah..dan kesannya final exam 2 bulan kemudian menjadi saksi celarunya diri krik dalam menghadapi dugaan..
Result exam krik sangat teruk walaupun masih lulus...
Saat paling teruk adalah bila tiba masa untuk balik cuti semester...Krik gagahkan kaki untuk pulang walapun diri tidak sanggup untuk melangkah pulang..
Akhirnya krik pulang dan hati terus di robek melihat sisa-sisa kehidupan menjadi abu...
Sedih dan pilu..Kami hilang mata pencarian dan segala-gala...Tapi itulah kehidupan,kena gagahkan diri...krik kembali ke UMS walaupun teringin sangat untuk berhenti belajar untuk membantu keluarga...

Keputusan yang diambil adalah meneruskan perjuangan kerana menyambung pelajaran adalah permintaan Arwah nenek...Gagahkan diri..dan berbekalkan duit PTPTN berkisar rm 2100 setiap semester setelah ditolak yuran pengajian, krik terpaksa untuk mengunakan sebaik mungkin dalam membuat perbelanjaan makanan, tiket kapal terbang, buku dan keperluan lain..Bunyi terlalu senang, tapi rm 2100 untuk lima bulan di negeri orang amat sedikit...Tiket kapal terbang yang menjangkau rm 500(coz krik kena transit dua flight)..Haga makanan yang tinggi di Sabah membuatkan kita lagi berhemah berbelanja..Mungkin itu hikmah Tuhan yang memberi pada krik untuk belajar hidup.

Dan , Alhamdullilah..syukur pada Tuhan...Sekarang krik berada di tahun empat pengajiaan. Tinggal satu semester untuk dihabiskan dan dengan duit sebanyak itu krik mampu untuk berjimat cermat. Kalau susah sedikit terpaksa makan sekali sehari apalah sangat kerana kita perlu ingat ada lagi orang yang lagi susah dari kita. Kadang-kala krik cuba jadikan cerita dan apa yang menimpa krik sebagai pengajaran pada kawan-kawan yang masih merungut tetang duit, sedangkan mereka masih dibekalkan dengan duit bulan oleh ibubapa, tiket penerbangan dibeli.Pokoknya hargai apa yang kamu ada.Tuhan maha adil, DIA memberi dan DIA juga boleh mengambil bila-bila masa..Kini kami masih dalam sesi pemulihan dan lebih merasai nikmat hidup berbanding sebelum.

Hargai apa yang ada ada...
Sehingga berumpa lagi..wasalam..




20 comments:

Qil_Zawawi said...

berat dugaan tu.,
moge tabah dan kuat.,
bila Allah uji kita maknanye Allah syg kite.,
moge rezeki makin bertambah.,

Anonymous said...

tabahnya krik...:)

NN said...

wahhh... ujian dari tuhan.. pakcik perlu tabah yer.. :)

Krik Alfie said...

Qil_Hoshi:Tq...Tuhan maha penyayang..DIA beri dan DIA ambil kembali...Kalau kita tidak sabar dan Tabah kita hilang pedoman .TANPA kita sedar DIA ingin berikan sesuatu yang lebih bernilai kepada kita...^_^..

Krik Alfie said...

@Ana Jannah: TABAH itu kadang kala bukan dituntut tapi kita KENA belajar.Hidup tanpa dugaan sperti kita tidak kenali sepenuhnya nikmat hidup ini.. (*_*)

Krik Alfie said...

Nurul ain:Hiihihihih..kita pak cik ker..hikhikhik....Cucu pun kena belajar TABAH..hidup masih panjang dan dugaan bila-bila masa boleh menduga kita...(^_^)

akuamir said...

berat tuh.. :'( bersabau lah ye.. :)

Azza Afdzal said...

tu semua ujian dari Allah...
apa yang penting kita jgn salahkan takdir kalau itu berlaku pada kita..
tabah hadapi semua ini :)

Krik Alfie said...

akuamir:Berat mata yang membaca post ini berat lagi orang yang menulis ni..hehhehe..tq for komen..

Krik Alfie said...

Azza Afdzal:ALLAH pengatur hidup kita..Kita just memainkan peranan...Terima kasih atas komen...Hadapai hari mendatang dengan senyuman..

Faceboored. said...

Face the fact, go ahead on your wants and wills.

Cik Applemuffin said...

Semoga apa yang berlaku menjadikan awak lebih tabah....mungkin satu hari nanti Allah mempermudahkan hidup anda...^_^

Shah Scander said...

Rezeki ada di mana-mana. Yang penting rajin berusaha. Mungkin kehidupan dan latar belakang setiap manusia berbeza-beza namun nasib masa depan masih boleh berubah. Jangan putus asa. Teruskan semangat hingga ke penghujung. I Support you bro!

Krik Alfie said...

Faceboored:I will..TQ

Krik Alfie said...

@CIK Zai:Insyallah..Hidup saya sekarang lebih baik dari sebelum ini..Syukur...Tq untuk komen..

Krik Alfie said...

Iskandar shah:tq ubtuk kata-kata rangsangan...Life must be go on..facing with smile...(^-^)

dapurCikWan said...

Semoga menjadi lebih tabah. ujian itu membuatkan anda lebih kuat. =)

Mr.Trollulz said...

Yaloo. Hargai apa yang anda ada. :)

Krik Alfie said...

dapurCikWan:Terima kasih atas nasihat..I will...

Krik Alfie said...

Enck Troll:Yup...itu yang paling penting...di samping usaha dan tawakal yang berpanjangan...

Post a Comment

Si Cantik dan Kacak menulis...