Friday 27 January 2012

Jalan-Jalan tak ingat dunia....


       Salam reader and follower semua. Korang semua sihat? Of course krik terlebih sihat dari biasa bila pulang bercuti. Minggu kedua cuti dirumah, jadual berjalan-jalan menghabiskan duit amatlah padat sampaikan tidak sempat menyempat untuk berblog (sorry semua). Hujung minggu lepas, krik bercuti ke luar negara (opsss, Siam jer). Berjalan-jalan sempena CNY di rumah family di Narathiwat Thailand selama 3 hari amatlah best. For those yang masih baru, krik mempunyai kampung sebelah mak di Narathiwat Thailand. Hmmm, nak kata kampung tak sesuweiii kot kerna rumah kami di tengah bandar.Tapi suasana disana amat berbeza dengan budaya yang hampir menyamai orang Kelantan walaupun bahasa yang digunakan lebih pekat (Orang Malaysia selalu tersalah sangka atau tertukar, especially dalam hal negatif dengan melayu selatan Thailand dan Kelantan).

        Berbalik kepada story morie disana, ramai orang bertanya selamatkah pergi berjalan disana?. Well, so far krik berjaya pulang dengan selamat walaupun sering pergi disana. Keadaan tembak menembak dan bom amat jarang berlaku dan jika berlaku banyak terjadi di pusat hiburan (korang paham-paham sendiri la ( pelacuran)). So usah risau, ajal maut di tangan Tuhan. Untuk kesana just perlu buat pass sempadan yang berharga rm 10 + IC + dua keping gambar berukuran pasport (pas sempadan = untuk orang tinggal dan dilahirkan di negeri bersempadan dengan Thailand).

    Aktiviti utama krik disana adalah untuk mencari makan (hehehhehehe) disamping menziarah keluarga ( Datuk dan nenek dah lama tiada). Krik dun noe how to describe makanan-makanan disana yang sangat super best. Untuk pendekkan cerita krik akan senaraikan beberapa fakta tentang selatan Thailand yang merangkumi Narathiwat, Yala, Patani dan Satun untuk bacaan korang semua. Happy reading k. Give me comment jika ingin bertanyakan soalan k.

  • Orang selatan Thailand adalah terdiri daripada Melayu yang serumpun dengan Melayu di Malaysia.
  • Mereka menggunakan bahasa Melayu yang berdialek ala-ala Kelantan tapi lagi pekat dan percakapan mereka turut di campur dengan bahasa Thai.
  • Dari sempadan Kelantan ke Narathiwat, dihubungkan dengan jalan raya yang mempunyai empat lorong tanpa tol (sangat boleh dipuji).
  • Kebanyakan golongan muda di Selatan Thai bekerja di Malaysia dan Bangkok.(Di Malaysia mereka bekerja sebagi pembantu kedai makan).
  • Narathiwat adalah ibu negeri bagi negeri paling hampir dengan Malaysia dan pembangunan disana amat pelahan (Sebab itu timbul isu dianak tiri oleh Kerajaan pusat).
  • Gadis-gadis disana kebanyakkan putih (tak mau tulis lebih-lebih..hihiihihih).
  • Kesan Assimilasi oleh Kerajaan Thailand, kebanyakan golongan muda tidak boleh menulis dalam bahasa melayu (walapun mampu bertutur).
Pantai Narathiwat

Rumah family disana...

Narathiwat

Jalan raya yang super best di Selatan Thai

Disini penguatkuasaan undang-undang kureng skit...

Masa kenduri ..

Ikan tongkol amat popular disini
Untuk edisi ini, setakat ini sahaja tittipan dan perkongsiaan. Semua yang krik tulis diatas adalah daripada pemerhatian krik yang dibesarkan (separuh ) disana.

Krik: Harga makanan disana murah dan ramai orang meniaga makan. I love Thailand but I'm proud to be Malaysian..hihihihi





4 comments:

Miqael Arshad said...

jgn le nanges2 bro.. malu ar...

Krik Alfie said...

Miqael Arshad:Hati sahaja yang menangis.hehehehe

dieyla said...

menarik :)

Krik Alfie said...

dieyla: :-)

Post a Comment

Si Cantik dan Kacak menulis...