Tuesday 17 January 2012

Pusing-pusing negeri Serendah Sekebun Bunga...(*_*)




Salam all reader semua. Pertama kali, krik ingin ucapkan ribuaan terima kasih pada semua yang komen dan baca post sebelum ini. Semua kata-kata nasihat dan rangsangan amatlah dihargai. Berbalik pada post kali ini, keadaan hujan yang berterusan membuatkan krik banyak menghabiskan holiday dengan mengambil kesempatan untuk tidur yang cukup lama. Al maklum hujan tidak berhenti, maka semua aktiviti luar tidak dapat diteruskan. Sambil melayan drama korea (Sah-sah dicop kaki korea pasni) ditambah hidangan makanan yang datang bertalu-talu (taktik mak untuk gemukkan anakknya yang kurus cekeding sejak pergi Sabah) amatlah rasa seperti di Heaven..hihihihihihi.

      Tapi ahad lepas krik tiga sekawan (kawan baik sejak sekolah menegah),kitaorg sempat merayap menunggang kancil berjalan-jalan cuci mata + bergosip    bertemu setelah sekian lama tidak berjumpa. Destinasi yang dituju biasanya dilakukan spontan bila semua ahli kumpulan diatas kereta. Tapi destinasi yang di tuju biasanya tempat makan baru yang belum pernah di singgah or mengkedarah. Setiap kali outing, kami ala-ala food hunting. Serbu makan dan memberi bintang pada makanan yang dimakan. Krik lak share with korang melalui blog tak seberapa ni..

      First destinasi hari kejadiaan, kami menyinggah di kedai nasi Bukhari di lebuh raya Kota Bharu-Pasir Mas. Gambar tidak menyempat di snap kerana semua kebulur dan melahap tahap tidak ingat dunia. Habis makan dengan perut kembung baru teringat. Makanan BEST dan boleh diterima. Tengah menyandar dikerusi, tiba-tiba bunyi DUM...sekali tengok ke arah kereta ...Kancil milik kawan kena langgar dek kembara mak cik owner kedai yang mengundur kereta entah apa-apa. Kancil luka disisi kiri dengan kecederaan tidak serius dan makcik kedai dengan senang cerita suruh hantar kedai dan dia bayar harga repair. Fuh, nasib baik tidak minta makan free nasi bukhari setahun.

     Sudah alang-alang berjalan, kancil yang cedera tetap di tunggang menuju Pantai Irama Bachok.Perjalanan mengambil masa 50 minit dari Pasir mas. Niat hati mahu melihat kesan Ombak rindu, Ong bak ,Ombak besar yang menghakis dan merosakkan kemudahan disana.Kesannya amat ketara,dengan ombak jelas makin dekat dengan premis kedai dan pondok. 

Pantai Irama Bachok yang sunyi dek kerna bukan hujung minggu
       Misi seterusnya diteruskan untuk mencari hidangan ringan(tidak berapa ringan)di Kota Bharu. Hajat hati mahu makan kek tidak secret resepi di Restoren Wau, tapi berubah angin untuk mengekdarah donut Big Apple di Tesco di tepi sungai Kelantan. Ngap..ngup..kekenyangan ,kami bersidai di Tepi sungai Kelantan ala-ala boye menghabiskan masa. Melihat air sungai yang besar dek kerna hujan yang berpanjangan dan projek Highway dan jambatan baru yang tidak SIAP-SIAP walaupun dah sepatutnya siap tahun ini...

Big Apple donut...Gebussss sangat
Air sungai Kelantan yang nak sama tinggi dengan jambatan
 
        Misi berakhir setelah letih bersadai + cuci mata dan dihantar pulang ke rumah di Rantau panjang. Sesiapa yang pernah datang RANTAU PANJANG kawasan beli belah bersempadan dengan THAILAND? Diceruk tu lar krik tinggal...


Krik alfie: Glad to be at my Home Town.. Negeri Cik Siti Wan Kembang





4 comments:

nazreen said...

lama tak pegi kelantan..:(
btw,sedapnya donut tuu..hehe..

Krik Alfie said...

@Nazz:Jom..jom..skrg musim hujan..boleh main air..hehehhe...

KUKUMALU said...

attractive donuts=)

Krik Alfie said...

KUKUMALU:Big apple mari..heheheh

Post a Comment

Si Cantik dan Kacak menulis...