Sunday, 26 February 2012

Ehhh..Semester baru sudah bermula?


Salam ‘pee pal’ semua. Maaf dan ampun dipinta dek malas menjengah blog untuk seketika.For your information, krik srunk dah seminggu kat UMS Kota Kinablu.Yup, sudah seminggu meneruskan kelas dan sem terakhir. Punya malas nak menaip walhal kelas idak banyak pun. Seminggu ada 3 kelas dan setiap kelas JUST dua jam (korang mesti kata bestkan). Most time krik abiskan dengan tido buat thesis di lab.Yup.My thesis need me to jadikan lab sebagai bilik kedua (hiiiiii).Dek nak kejar date line dan progress seperti kawan2 yg tak balik berenjoy di kg pada cuti, so terpaksa krik jadi lipas kudung try siapkan secepat mungkin sebelum sibuk dengan kelas dan kerja2 lain. Buat thesis memerlukan banyak masa dan duit dan yang paling penting KESABARAN.Bukan senang nak gapai keputusan yg ditulis atas kertas.Kadang2 terpaksa diulang2 benda yang sama untuk dapat keputusan yg betul.Sem ni krik bertekad cemerlang (trademark UMS) untuk rajin buat kerja dan mengadap penyelia untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang. Membebel panjang2 pasal thesis pun korang bukan pedulik kan.ehehhee…Akhir kata…STOP LYNAS SAVE MALAYSIA.
Ilusi sahaja.Tak der kaitan dengan THESIS krik..

                              
Read more...

Tuesday, 7 February 2012

Edisi malas

       Salam semua. Tak kira follower or silent reader. Edisi malas diterbitkan walaupun krik berjanji dan bertekad akan update blog setiap hari sempena cuti semester. Tetapi penyakit malas(penyakit tak der ubat) mengusai diri walaupun banyak info2 menarik dan kebabom untuk dikongsi dengan kalian hasil kerja jalan-jalan cari pasal di sekitar Kelantan dan Thailand. Oh, korang curios apa yang krik kan. Actually krik layan drama dalam laptop (hasil usaha pengumpulan masa exam dari kawan) khas untuk ditonton sampai keluar biji mata. Hasilnya sudah 5 drama berjaya dikhatam walaupun cuti belum sampai sebulan.

     Ok cukup pasal drama dan bla, bla bla. Today, krik teringin mau share satu tempat makan yang super best dan MESTI korang singgah kalau terlajak ke Kelantan. Tempat makan ala-ala kampung dengan pelbagai ulam-ulaman, budu, sambal belacan, tempoyak, ikan bakar, ikan singang (tah apa orang laur panggil...hehehhehe) dan banyak lagi makanan lain yang sesuai dengan selera. Apa yang best, harga disini adalah murah dan berpatutan. Disini ramai pelancong luar (dari luar kelantan) singgah dan makan dan orang Cina dan Siam juga ramai menjamu selera dengan nasi ulam budu.

     Pada dasarnya kedai nasi ulam cikgu mempunyai dua cawangan dimana, salah satunya terletak dikawasan strategik dipusat nadar Kota bharu manakala satu lagi terletak dikawasan perindustrian Pengkalan Chepa. Bagi yang berminat untuk singgah, krik sediakan alamat diorng untuk korang terjah nanti. For information sejak balik, sudah dua kali krik pergi makan disana walaupun jaraknya bukan dekat.. 


Taman Selera Kraftangan, Kg Kraftangan, Jalan Hilir Kota 15000 Kota Bharu Kelantan Malaysia

Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa 

krik letak sekeping jer lar gambar yang disnap ritu..line slow bak  siput sedut..

Krik: Budu tak boleh tinggal..nanti nak pergi Sabah nak bawak setengah dozen budu..hehhehehhehe

Read more...