Tuesday 7 February 2012

Edisi malas

       Salam semua. Tak kira follower or silent reader. Edisi malas diterbitkan walaupun krik berjanji dan bertekad akan update blog setiap hari sempena cuti semester. Tetapi penyakit malas(penyakit tak der ubat) mengusai diri walaupun banyak info2 menarik dan kebabom untuk dikongsi dengan kalian hasil kerja jalan-jalan cari pasal di sekitar Kelantan dan Thailand. Oh, korang curios apa yang krik kan. Actually krik layan drama dalam laptop (hasil usaha pengumpulan masa exam dari kawan) khas untuk ditonton sampai keluar biji mata. Hasilnya sudah 5 drama berjaya dikhatam walaupun cuti belum sampai sebulan.

     Ok cukup pasal drama dan bla, bla bla. Today, krik teringin mau share satu tempat makan yang super best dan MESTI korang singgah kalau terlajak ke Kelantan. Tempat makan ala-ala kampung dengan pelbagai ulam-ulaman, budu, sambal belacan, tempoyak, ikan bakar, ikan singang (tah apa orang laur panggil...hehehhehe) dan banyak lagi makanan lain yang sesuai dengan selera. Apa yang best, harga disini adalah murah dan berpatutan. Disini ramai pelancong luar (dari luar kelantan) singgah dan makan dan orang Cina dan Siam juga ramai menjamu selera dengan nasi ulam budu.

     Pada dasarnya kedai nasi ulam cikgu mempunyai dua cawangan dimana, salah satunya terletak dikawasan strategik dipusat nadar Kota bharu manakala satu lagi terletak dikawasan perindustrian Pengkalan Chepa. Bagi yang berminat untuk singgah, krik sediakan alamat diorng untuk korang terjah nanti. For information sejak balik, sudah dua kali krik pergi makan disana walaupun jaraknya bukan dekat.. 


Taman Selera Kraftangan, Kg Kraftangan, Jalan Hilir Kota 15000 Kota Bharu Kelantan Malaysia

Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa 

krik letak sekeping jer lar gambar yang disnap ritu..line slow bak  siput sedut..

Krik: Budu tak boleh tinggal..nanti nak pergi Sabah nak bawak setengah dozen budu..hehhehehhehe

4 comments:

Orang Kita said...

sedapnyer,,,, =_=

Anonymous said...

masakan kampung gak terbaek =p

btw, asal nk bawak ke sabah ? keje sana ke?

Krik Alfie said...

Popoi;Semestinya sedap....budu oh budu..

Krik Alfie said...

Natasya Naslin;Yyp...benda simple2 lar sedap..
kita study kat UMS....stok makan disana nanti..heheeh

Post a Comment

Si Cantik dan Kacak menulis...