Monday, 26 March 2012


     Salam semua!Sekian lama tidak menjengah blog kerna kemalasan (jujur). Alhamdullilah perjalanan projek akhir a.k.a thesis lancar dan berada pada landasan yang betul. Doakan krik untuk berjaya menghabiskan sisa2 di UMS yang berbaki tiga bulan.

       Opsss..Tersasar luah perasaan jap! Kali ini krik nak share satu movie yang tak berapa baru tapi best untuk ditonton! Satu lagi buah tangan dari Indonesia yang membawa mesej yang jelas. Tajuk cerita adalah Hafalan Shalat Delisa. Cerita berkisar tentang tsunami ganas yang membadai Acheh ketika dahulu. Bagaimana tabahnya seorang budak dalam meneruskan kehidupan walaupun kehilangan ibu, tiga orang kakak dan sebelah kakinya terpaksa dibuang. Cerita tentang bagaimana sebuah kehidupan dibina atas kesedihan.

       Pada masa menonton movie ini, tangan krik ligat menulis sebuah syair kesan inspirasi dari emosi cerita ini. Tidak pandai bersyair sangat, tapi kecenderungan untuk bersyair dan menulis bait-bait indah adalah kegemaran krik. So krik sharekan dengan korang. Just drop your komen later k!!




Acheh yang diuji!!(Edisi Tsunami 26/12/2004)

Ingin dikembara ke bumi Acheh,
Melihat hati waja yang diuji Tuhan,
Untuk dijadikan pedoman hati yang lalai,

Oh Acheh yang diuji,
Bumi tadahan kesabaran,
Tempat air mata yang tumpah sederas ombak,
Meluncur laju membawa makna seribu,

oH Acheh yang diuji,
Sabarnya hatimu sekeras batu,
tabahnya jadi taruhan yang perlu,
hanya bergantung secebis memori tertinggal,

Oh Acheh yang diuji,
Titipan dikejauhan untuk dirimu,
Kata yang berinpirasikan emosi menerbitkan syair ini,
Menumpang lara yang tertahan dijiwa,
Mencari tabah persis dirimu.

Krik Alfie/24.03.12/10.30p.m
 


Read more...

Tuesday, 20 March 2012

Dugaan !!!


            Pagi semua. Mood nak post pepagi gini bukan selalu datang (biasanya masih berbungkus dalam selimut). Tapi dek tersedar awal..erkkk..awal ker nih!!! Tangan nak citer perkembangan terbaru di UMS ni. Hmm....citer menarik tak dak!!hahah..boleh2 gitu kan..semester akhir di UMS tapi sem ni diduga dengan PTPTN yang bermasalah buat whole batch kami dan junior. Saat semua budak U lain berenjoy dan menikmati duit pinjaman. Kami disini masih mengikat perut dek kerna duit 'dijangka' masuk pada awal april!! Apa ke gile masuk sebelum cuti semester!! Masuk akhir semester pun tak per (ayat keciwa tak hingat)!!!. Sikap dan salah sesetengah pihak (tak mo mention sapa-sapa huh!!!) menyebabkan kami derita.

      Al-kisah ader student asyik cakap "releks ar..nanti masuk gak tu nanti duit tu". Korang orang kaya , mak bapak korang boleh masuk duit TAPI kami tak kaya ni tak sanggup nak minta. Kalo sah2 parents kami ada duit kami tak mintak pun kompen parents bagi tanpa kami mintak. Sah2 sepanjang empat tahun ni krik tak pernah minta duit! Tapi diakhir perjuangan begini lak terjadi."Tak per sabaq nah krik" kata yang lain. Kalau tak sabar lagi kepoh krik boleh bikin onar (Tak mo malukan nama U konon la).

       Apa pun tinggal tiga bulan lagi krik akan berada disini.Harap2 kulit muka nih! tebal muka untuk minta pinjam duit dari orang..huhuhuu...Serius I tak de money anymore. Makan pun berjimat habis-habisan. Mungkin dugaan ini memudahkan perjalanan krik nanti..Doakan krik selesai belajar dengan jayanya K...bye.

krik: <------ Orang paling tidak tenang sekarang!!!

    


Read more...

Monday, 12 March 2012

Kecewa!!!Kisah pelajar tahun akhir di Universiti!!!!


       Apa kabar orang kampung? Huh..Rini krik rasa kecewa banyak dek karenah birokrasi.Pasal apa? Pasal PTPTN!!! duit masih tak masuk walaupun dah nak dekat sebulan kuliah start!Mau tidak sengsara kami pelajar tahun akhir yang nak buat projek ( mostly budak Food tech akan buat thesis pasal pembangunan produk baru).

         Kisahnya, awal2 sem kitorg tlh diberi untuk melihat jadul penerimaan PTPTN untuk semua Universiti. Sekali tengok ..perhhhhh..dalam semua Universiti di Malaysia UMS antara 5 terakhir terima iaitu 6/2/12. Oh,.Hati kata ok bertahan lar kejap kan..Pusing-pusing masa, menjelma la 6/3/12 but PTPTN tak reti nak masuk-masuk.What the hell la kan kitaorg cakap. Tunggu2 kot masuk esok last2 rini dah melepasi seminggu dari tarikh awal. 

          Pendekkan citer , kami call PTPTN  and diorg cakap UMS belum hantar result terbaru pada PTPTN .sO, PTPTN tak leh nak check result and kredit masukkan duit. Yang sadis lagi, call Bendahari  UMS lak, diorg kata dah hantar pada 17/1/12 result kitaorg semua.Demn lar kan kata orang.Kami kena sepak sana sepak sini. Last2 dah bunyi gosip2 terhangat kata duit akan masuk seawal dua minggu dari sekarang or awal bulan april. What the dell.memang angry bird lar kami..Kami kebulur dah kot.Nak beli bahan thesis lagi nak makan hari-hari lagi. Masak pasir + sup rumput lar dulu.Sob..Sob..

Baby pun dah marah tak dapat susu!!!

P/S:Luah hati yang bersedih.....






Read more...

Sunday, 11 March 2012


      Holla people!!!What are you doing..Krik sempena cuti yang panjang (eh..empat hari jer) menyemak kat bilik jer. Makan pun masak kat bilik(yang mana ada)..Dua hari langsung tak jenguk dunia luar (bak kata mak krik: Kalah anak dara sunti).Well, krik suka stay kat bilik dari merayap jalan-jalan. Al kisahnya empunya wang (PTPTN) tak reti nak masuk duit lagi.Patutnya minggu lepas lagi masuk TAPI dek karenah UMS so kami sengsara. Niat nak berjalan hujung minggu sambil cari pasal + makan kena hold dulu.Eh..tersasar lar niat nak post benda lain.Tetukar jadi sesi luah perasaan jap...

      Actually (speaking gitew) krik nak share satu movie yang super best pada sudut halwa mata krik. Citer dari seberang Indonesia. Tajuknya adalah sang Pemimpi. Korang pernah dengar? Pernah tengok? citer bukan baru sangat pun..Tapi baru tertengok mengisi masa dibilik. Cerita amat menarik dari penulis citer Laskar Pelangi dulu. Kisah adaptasi dari novel dan kisah yang ada nilai kemanusiaan bukan macam citer ombak rindu yang cinta cintun (mati la kena kutuk ngan peminat ombak rindu).

    Kisah anak muda mengejar mimipi. Anak muda yang hidup susah. Harga kasih sayang dan setia kawan. Bekerja keras sambil menyimpan impian mahu melanjut pelajaran ke Paris.Opsss...Malas nak bagi sinopsis panjang-panjang.. Neskepi atas meja dah sejuk ..so kita berhenti takat ni...Cari jer kat Encik Google...Konpem jumpa...

Siri buku

Movie



Read more...

Thursday, 8 March 2012

Edisi hari wanita sedunia with love


           Salam semua, hari ini post istimewa edisi hari wanita sedunia? Eh..apa kena ngan krik?hahahaha..Special post krik tujukan pada super women yang luar biasa istimewa dalam hidup. Oppsss…Saper lar bertuah tu kan… It my mum..Yup…my lovely mum adalah my idol dalam dunia. Kenapa dan mengapa? Krik belajar yang hidup tanpa wanita yang bernama Rajmas Binti Abdullah adalah kosong. Dimana krik berpijak sekarang adalah atas ehsan my mum. Bukan senang seorang ibu sanggup menumpangkan kita dalam perut selama Sembilan bulan dan membawa kemana sahaja dirinya pergi. Andai kata tiada kasih dan sayang sudah pasti diri ini dicampak dalam longkang atas buang ditong sampah.Terima kasih mum for lahirkan diri ini.

           My mum adalah insan teristimewa, penat dan letih tidak banyak mengeluh. Dari cuci baju, jemur, gosok, lipat, memasak, menyapu dan semua nilai kasih sayang yang tidak mampu untuk ditulis disini. Kuat wanita bernama ibu. Apalah  nilai setengah jam bebelan pada kita kerna pasti hukuman itu adalah atas dasar salah kita.

           My mum sangat tabah, membesar dalam keluarga yang tidak kaya menuntut kerah keringat untuk bekerja semuda belasan tahun untuk menyekolahkan adik-adiknya.Terkorban diri sendiri, ibuku tidak sempat menyekolahkan diri sendiri. Tidak pandai menulis dan tidak pandai membaca.Oh , besarnya jasamu.Setelah lahir diriku, dirimu kuatkan diri untuk memberi diriku ilmu yang dirimu tidak sempat belajar.Terima kasih mum, semua pencapaian ku kini adalah milikmu. Tidak berhak untuk diriku mengaku semua ini adalah hasil usahaku.Kerna  tanpamu tidak betah ku berdiri sekarang.

        Mum, dirimu sungguh istimewa..Kerna dirimu super women untuk diriku. Moga diriku mampu memberikan kembali apa yang dirimu korbankan selama ini.Terima Kasih tidak terhingga atas segala pengorbanan.


Love you so much....

p/s: Ibu tidak boleh ditukar ganti..Hanya satu sahaja..Love u Mum.

Read more...

Wednesday, 7 March 2012

Soalan Cepu Emas...


      Salam semua..rakan blogger…silent reader dan teman-teman sekalian. Kali ini, krik gigihkan diri untuk menaip walaupun malas masih bermaharajalela.  Edisi khas krik tujukan untuk rakan sekuliah yang bertanyakan soalan yang sama. Bukan sorang terlalu tapi ramai bertanyakan soalan ini, tidak betah untuk menjawab setiap kali diajukan soalan yang sama. So dari post ini diharap mereka memahami dan clear dan jawapan ini adalah muktamad...Oh..korang mesti tertanya apa soalan yang ditanya? Soalannya berbunyi begini….krik..bila ko nak kawin? ….hahaha..bunyi  kelakar tapi memerlukan jawapan yang logik disokong  beberapa fakta yang  tidak mampu untuk di hujahkan lagi. Menjawap soalan ini, krik sejujurnya tidak akan berkahwin dalam masa terdekat or tahun depan or dua tahun lagi (perancangan krik, kalau Allah tersuratkan lain dari itu ..itu lain cerita)..Buat teman yang bertanya soalan ini..alangkah baiknya andai krik sokong hujah dengan beberapa sebab walaupun korang mengatakan umur sekarang krik dah patut fikirkan tentangnya…

·         Krik masih belajar dan insyallah akan menghabiskan pengajian bulan jun nanti (Insyallah)..Maaf kawan-kawan, suka cita dimaklumkan  bahawa my priority after keja adalah my parents. Yup, Ma dan abah krik, maaf kawan-kawan. Hidup kita mungkin berbeza..Krik bukan berasal dari keluarga yang kaya. Banyak yang  direncanakan untuk my parents yang banyak mengerahkan kudrat untuk krik dan my brothers. Yup, korang mungkin beruntung coz yours parent kerja dengan gomen, ada bisnes sendiri dan bla bla bla..Mungkin korang bertuah…So my keutamaan untuk kumpul duit dan hantar mereka ke Mekah. So before that time krik tak mahu berbicara tentang kawin. I will berikan segala yang my parents tak mampu rasa sebelum ini even mereka tidak pernah minta.That my promise for myself.

·                    I’m the oldest dalam adik beradik, so krik mahu stabilkan hidup kami sebelum itu. Mostly my friends yg tanya soalan adalah girls….tanggungjawab kita berbeza kawan-kawan..kalaulah korang mampu rasa ada beban di my shoulder untuk merencanakan hidup sebagai abang sulung..krik tak kisah di label kolot dan bla…bla…hidup ini terlalu rumit untuk sesetengah orang…

·            Like I said before, krik mahu memiliki house, car dan lain with my own my. After dapat semua itu baru krik akan hitung tentang masam manis perkahwinan. Bercinta itu mudah. Kalau bosan boleh minta putus..tapi kalau kawin sebolehnya kita mahukan mereka yg sanggup sehingga akhir hayat. Hidup bukan hanya berkisar tentang kawin!!!

Nukilan khasnya ini terbit dari hati..ikhlas dari jiwa…lanskap kehidupan kita berbeza..Tuhan maha mengetahui..DIA tahu yang terbaik untuk kita. Andai tertulis jodoh kita akan mendapatnya dan itu PASTI. Moga tiada lagi soalan ini buat seketika. Terlalu panjang untuk mentitipkan semua cerita sepanjang kehidupan krik disini..Buat mereka yang akan berkawin selamat berbahagia..Buat yang merancang…semoga merencanakan hidup..Hidup kita direncanakan berbeza walaupun misi akhirnya adalah sama..

p/s: Nak cepat-cepat habis belajar dan mulakan hidup dengan bekerja

Read more...