Wednesday, 11 April 2012

Trip Geng Boy to Labuan


     Salam semua! Sihat? Moga-moga sihat sejahtera semua. Krik sihat disini, walaupun PTPTN  masih belum masuk. Hmmm, masalah kami baru dapat dikesan dan kami masih menunggu kerna masalah teknikal. Boleh2 kan..dah cuti semester dah bermula dan hanya tinggal dua bulanuntuk  semester ini berakhir tapi masih belum masuk duit. Oppsss, terbebel sekejap..Sorry semua! Sebenarnya pada tanggal 9/4/12 (Selasa), krik dan tiga orang geng boys sempat melawat Puaau Labuan. Walaupun duit belum masuk tapi kami bertekad untuk pergi coz ini semester terakhir kami di SABAH.


       Trip dimulakan dengan perjalanan dari kolej di UMS pada pukul 8 pagi. Oleh kerna bertolak lambat kami memilih untuk menaiki bas ekspress dari KOTA KINABALU-MENUMBOK yang terdapat di dekat mahkamah KK. Oleh kerna bas awal telah bertolak, jadi kami terpaksa menaiki bas yang bertolak jam 11 pagi. Harga tiket sehala adalah RM 14 tapi kami berjaya mendapat harga RM 11 seorang setelah sesi tawar menawar. Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah untuk sampai di pekan menumbok dengan kadar kelajuan yg sangat laju!..

Abaikan model didepan bas tu (not me ok)..Bas dari KK-Menumbok= dua jam setengah perjalanan

Tiket mesti beli awal kalau pergi pada cuti hujung minggu or cuti persekolahan. Kalau full lama lak kena tunggu. Kalau ramai2 boleh tawar2 harga tiket coz bas sini milik individu

     Sampai di pekan Menumbok, korang ada dua pilihan untuk ke Pulau Labuan sama ada menggunakan bot laju atau feri. Kami memilih bot laju yang berharga rm 15 seorang dan hanya mengambil masa 20 minit untuk reach Pulau Labuan. Kalau mengambil feri akan mengambil masa 2 or lebih untuk sampai kesana. Sampai di sana, kami menyewa kereta viva 1000cc yang berharga rm 60 sehari (kawan yg stay sana tolong uruskan). Bagi yang nak kesana better menyewa kereta coz Pualu Labuan boleh tahan besar kalo guna kudrat jalan kaki. Selesai menyewa kereta, kami bergegas ke tempat penginapan yg hanya 5 minit dari Terminal feri. Kami hanya menyewa di backpacker Uncle Jack dengan bayaran rm 25 bagi satu kepala (trip bajet kan). Bilik dorm ada 10 katil tapi hanya kami berempat pada malam itu.Dengan kemudahan wifi, aircorn dan free breakfeast harga itu dikira berbaloi untuk kami.

Bot laju dari pekan Menumbok.Memuatkan 14 orang baru jalan..Dis better option lar dari feri..

Backpacker Uncle jack yang agak ramah. Just untuk tidur = aircond+ breakfeast

Kot2 korang nak jejalan sini.

      Usai berehat seketika, kami bergegas berjalan-jalan semaxsima mungkin. Destinasi pertama yang kami lawati adalah Masjid Negeri, Gurdwara Sahib Labuan dan Botanical Garden . Perjalanan yang lebih menjurus menjejakkan kami sambil bergambar lebih singkat dengan kereta. Satu yang boleh direspek disana, LABUAN sangat bersih!..Perjalanan diteruskan ke UMS kal (terletak terpinggir dihujung sana). Dengan muka yg masih kebudak2kan kami dibenarkan masuk ke UMS kal dengan selambanya. Setelah penat snap2 gambar kami singgah pantai yang terletak betul2 di UMS kal yang super duper CANTIK!

Sah2 lar kan ini Masjid Labuan

Konpem lar kan ini bukan masjid kan
Taman botanical: sangat best(tenang)

UMS KAL Labuan yang berjaya diceroboh..hehehe

Pantai depan UMS kal..Cantik sangat...


       Setelah bergambar-gambar sampai habis pose kami berjalan-jalan di Peace park dan makan-makan di pantai layang-layangan. Seriously sate disana sedap dengan harga rm 0.6o bagi 1 secucuk dan air kelapa sebijik hanya rm 3.00. Sangat berbaloi2 untuk dicuba. Lepas lepak menghilangkan dahaga, kami berjalan-jalan lagi ditepi pantai sambil melihat matahari terbenam. Sangat cantik! Walaupun kami terpaksa balik coz kepenatan sebelum matahari sempat betul2 terbenam.

Peace Park 
Nasi impit  kuah kacang (satay tak sempat nak snap dah abis makan..wakakak)

Sun set di Pantai Layang-layangan

Misi malam tidak banyak terisi kerna kami semua keletihan yang amat dan masa diisi dengan tidur.Misi jelajah Pulau Labuan diteruskan pada paginya dimana kami melawat WWII Memorial yang tidak jauh dari tempat tinggal. Dan atas request my kawan, kami melawat Kolej Matrikulasi Labuan dan sekali lagi dengan selamba kami berjaya masuk dan berpusing-pusing sambil kawan krik mengimbau memori mereka empat tahun lepas. Dek kekangan masa, kami bergegas ke pusat bandar coz Feri ekspress kami akan bertolak pada pulul 1.00 petang. Saat yang ditunggu menjelma iaitu untuk mebeli belah coklat. Dengan harga yang murah dan ada sesetengah coklat tidak mudah dicari di tempat lain misi save bajet sedikit terbabas(opssss). Selain coklat , rokok, minyak wangi dan arak turut dijual dengan harga yg murah. Misi dihentikan dek kerna duit yang tak mengizinkan dan feri ekspress yang sedia untuk bergerak. Harga tiket free ekspress dari Labuan terus Ke Kota-Kinablu adalah RM34 untuk seorang dan mengambil masa tiga jam untuk sampai ke Jesselton Point di KK.

World War Memorial

World war memorial II

Kolej Matrikulasi yang kami berjaya masuk..hehehe

Sekitar jeti Labuan

Terbeli sedikit + orang kirim..huhuhu

Rupa feri ekspress Labuan-KK

      Alhamdulillah, perjalanan 2 hari 1 malam di Pulau Labuan telah selamat kami tempuhi. Cuaca yang bersinar tanpa mendung dan hujan seolah-olah mengalu-galukan kehadiran kami walaupun sebelum itu setiap hari hujan. Perjalanan terakhir bagi perjalanan kehidupan 4 tahun di SABAH sebelum pulang ke Semenajung. Lengkap pusing, SANDAKAN, KUDAT, TENOM, LABUAN dll. Akhir kata jom ke Pulau Labuan...heheheh


p/s: Nasib baik percutian bajet..kalau tak abis coklat mahu borong..

6 comments:

susulemakmanis said...

PTPTN kite dah habes dah pon!hehe..teringin nk g sabah...btw,dah follow u

y i e n said...

x penah sampai sane lagi, huhu!

Krik Alfie said...

@susulemakmanis:best lar dapat da PTPTN.kami dah lar sem akhir...masalah UMS ada masalah teknikal.huhuu..
JOM2 Sabah...banyak tempat best

Krik Alfie said...

@pink velvet:ok lar kat sana..but make sure bawak duit banyak2..heheh

Miszyuyu said...

waahh syoknyer berjalan.. jom cari tmpat mkn plk

hhmm..sudah fikir apa nk makan hari ni? jomm tengok apa Yuyuk makan! besssttt! http://yuyukandfoods.blogspot.com/2012/04/lokasi-tempat-makan-pilihan-3-restoran.html

Anonymous said...

Boleh bagi contact no. Keta sewa tu x?

Post a Comment

Si Cantik dan Kacak menulis...