Trip dimulakan dengan perjalanan dari kolej di UMS pada pukul 8 pagi. Oleh kerna bertolak lambat kami memilih untuk menaiki bas ekspress dari KOTA KINABALU-MENUMBOK yang terdapat di dekat mahkamah KK. Oleh kerna bas awal telah bertolak, jadi kami terpaksa menaiki bas yang bertolak jam 11 pagi. Harga tiket sehala adalah RM 14 tapi kami berjaya mendapat harga RM 11 seorang setelah sesi tawar menawar. Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah untuk sampai di pekan menumbok dengan kadar kelajuan yg sangat laju!..
|
Abaikan model didepan bas tu (not me ok)..Bas dari KK-Menumbok= dua jam setengah perjalanan |
|
Tiket mesti beli awal kalau pergi pada cuti hujung minggu or cuti persekolahan. Kalau full lama lak kena tunggu. Kalau ramai2 boleh tawar2 harga tiket coz bas sini milik individu |
Sampai di pekan Menumbok, korang ada dua pilihan untuk ke Pulau Labuan sama ada menggunakan bot laju atau feri. Kami memilih bot laju yang berharga rm 15 seorang dan hanya mengambil masa 20 minit untuk reach Pulau Labuan. Kalau mengambil feri akan mengambil masa 2 or lebih untuk sampai kesana. Sampai di sana, kami menyewa kereta viva 1000cc yang berharga rm 60 sehari (kawan yg stay sana tolong uruskan). Bagi yang nak kesana better menyewa kereta coz Pualu Labuan boleh tahan besar kalo guna kudrat jalan kaki. Selesai menyewa kereta, kami bergegas ke tempat penginapan yg hanya 5 minit dari Terminal feri. Kami hanya menyewa di backpacker Uncle Jack dengan bayaran rm 25 bagi satu kepala (trip bajet kan). Bilik dorm ada 10 katil tapi hanya kami berempat pada malam itu.Dengan kemudahan wifi, aircorn dan free breakfeast harga itu dikira berbaloi untuk kami.
|
Bot laju dari pekan Menumbok.Memuatkan 14 orang baru jalan..Dis better option lar dari feri.. |
|
Backpacker Uncle jack yang agak ramah. Just untuk tidur = aircond+ breakfeast |
|
Kot2 korang nak jejalan sini. |
Usai berehat seketika, kami bergegas berjalan-jalan semaxsima mungkin. Destinasi pertama yang kami lawati adalah Masjid Negeri, Gurdwara Sahib Labuan dan Botanical Garden . Perjalanan yang lebih menjurus menjejakkan kami sambil bergambar lebih singkat dengan kereta. Satu yang boleh direspek disana, LABUAN sangat bersih!..Perjalanan diteruskan ke UMS kal (terletak terpinggir dihujung sana). Dengan muka yg masih kebudak2kan kami dibenarkan masuk ke UMS kal dengan selambanya. Setelah penat snap2 gambar kami singgah pantai yang terletak betul2 di UMS kal yang super duper CANTIK!
|
Sah2 lar kan ini Masjid Labuan |
|
Konpem lar kan ini bukan masjid kan
|
|
Taman botanical: sangat best(tenang) |
|
UMS KAL Labuan yang berjaya diceroboh..hehehe |
|
Pantai depan UMS kal..Cantik sangat... |
Setelah bergambar-gambar sampai habis pose kami berjalan-jalan di Peace park dan makan-makan di pantai layang-layangan. Seriously sate disana sedap dengan harga rm 0.6o bagi 1 secucuk dan air kelapa sebijik hanya rm 3.00. Sangat berbaloi2 untuk dicuba. Lepas lepak menghilangkan dahaga, kami berjalan-jalan lagi ditepi pantai sambil melihat matahari terbenam. Sangat cantik! Walaupun kami terpaksa balik coz kepenatan sebelum matahari sempat betul2 terbenam.
|
Peace Park |
|
Nasi impit kuah kacang (satay tak sempat nak snap dah abis makan..wakakak) |
|
Sun set di Pantai Layang-layangan |
Alhamdulillah, perjalanan 2 hari 1 malam di Pulau Labuan telah selamat kami tempuhi. Cuaca yang bersinar tanpa mendung dan hujan seolah-olah mengalu-galukan kehadiran kami walaupun sebelum itu setiap hari hujan. Perjalanan terakhir bagi perjalanan kehidupan 4 tahun di SABAH sebelum pulang ke Semenajung. Lengkap pusing, SANDAKAN, KUDAT, TENOM, LABUAN dll. Akhir kata jom ke Pulau Labuan...heheheh
p/s: Nasib baik percutian bajet..kalau tak abis coklat mahu borong..
6 comments:
PTPTN kite dah habes dah pon!hehe..teringin nk g sabah...btw,dah follow u
x penah sampai sane lagi, huhu!
@susulemakmanis:best lar dapat da PTPTN.kami dah lar sem akhir...masalah UMS ada masalah teknikal.huhuu..
JOM2 Sabah...banyak tempat best
@pink velvet:ok lar kat sana..but make sure bawak duit banyak2..heheh
waahh syoknyer berjalan.. jom cari tmpat mkn plk
hhmm..sudah fikir apa nk makan hari ni? jomm tengok apa Yuyuk makan! besssttt! http://yuyukandfoods.blogspot.com/2012/04/lokasi-tempat-makan-pilihan-3-restoran.html
Boleh bagi contact no. Keta sewa tu x?
Post a Comment
Si Cantik dan Kacak menulis...