Monday, 18 June 2012

Nasi ulam budu bersama petai dan ikan "Singe"





Salam Isnin semua. Sekarang budak yg sekolah sibuk kesekolah, yang kerja tgh bersiap nak g kerja. Krik lak dah abis paper exam dengan automatik tersedar awal. Bangun awal alamatnya mati kutu awal. Sah2 tengahari nanti terbungkam balik kat katil empuk. Menanti hari Viva dan tarikh balik kampung yg lebih kurang sebulan memang satu penyiksaan. Hari-hari layan movie, on9, borak2, tido, makan, tido dan tido lagi jer dibilik. Fuh punya puas hidup. Nak jalan2 trip pendek lak fulus tak berapa nak izinkan. Dengan bilik yang perlu dibayar hari2 coz just nak tunggu viva, makan segala, nak print tesis dengan print laser + jilid dengan hard cover memang banyak pakai duit.

     Eh, dah satu perenggang dok berceloteh tah apa2. Hm, dengan masa yang ada krik ingat nak lebih rajin berblog (eh macam lar rajin sangat). Seriously, skrg tak sabar nak balik kampung kat Kelate. Perkara nak buat adalah makan, makan dan makan. Masakan mak adalah masakan terbaik kot even masakan simple jer. Setuju? komen lar! kalo tak setuju baca sambil senyum jer..hihihihihhi. Krik teringin nak makan nasi ulam petai dengan budu dan dipekena dengan ikan "singe". Perh, serius memeleh ayat liuq even dok menaip di blog jer. Sini makanan yg krik makan sama sejak 4 tahun dulu (kolej pun cafe kan)..hihihiihi...






10 comments:

cg4dis said...

saya suka makang ikang singe ngan belacan.lagi pedas lagi sedappp....hahaha

*Mrsfarahzaki * said...

adoiii....sebulan dah berpantang tak ley mkn budu ngn singe..stress!

Krik Alfie said...

naziyatul fatihah: uwaaaa best gak sambal belacan...kecur mulut dah pagi2 buta ni...nak balikkk...hahhaha

Krik Alfie said...

*Mrsfarahzaki*: napa tak leh makan? uwaaa..kita dah 5 bulan dah pantang sebab dok jauh...hahhahaha

Razil Tahir said...

setuju!!
masakan mak memang terbaek!!! XD

nana said...

selamat makan!!! Heh heh!

Anonymous said...

ikan singe cicah budu memang terbaikkkk. kalah makanan 5 bintang ahaha :D

Krik Alfie said...

@Razil Tahir: Sudah semestinya..Mak...I'm coming..hehhehee

Krik Alfie said...

@Nana Kamarul: Selamat makan gak tuk awak...hehehe

Krik Alfie said...

@Wina Suhaimi: Semestinya...tambah2 nasik dua tiga kali..nyum2..lambatnya nak balik..huhuhu

Post a Comment

Si Cantik dan Kacak menulis...