Monday, 7 November 2011

Trip keliling SABAH..


Salam kepada reader semua..pertama sekali krik nak mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua. Bergembiralah u all dan ketahuilah bahawa krik hanya beraya di negeri orang di SABAH (ulAng sekali lagi..di SABAH) ..hahhaha..nak kata sedih tak sangat coz ini kali ketiga beraya disini. Usah ditanya mengapa krik tidak pulang kerna krik jua mempunyai alasan yang perlu anda terima.

Usah berceloteh panjang. Krik menaip untuk berkongsi aktiviti yang dilakukan pada 30/10-31/11/2011. Berhujung minggu dengan mengembara mengelilingi beberapa daerah di SABAH bersama-sama 13 orang teman sekuliah. Berkonvoi 4 biji kereta merentasi jalan-jalan berliku (ala-ala Genting highland) dikebanyakan perjalanan amat mendebarkan. Perjalanan sejauh 6++ km bermula dari UMS-KK-PUTATAN-PAPAR-SEPITANG-BEUAFORT-TENOM (lokasi yang dituju).Perjalanan selama 6 jam biarpun penat namun aktiviti tetap dilakukan. Bermalam di taman pertanian yang luas dan murah amat meninggalkan memori indah bersama teman. Berbasikal mengelilingi taman pertanian yang penuh dengan pokok buah-buahan(boleh petik dan makan) dan bunga-bunga  amat menyeronokkan.

Tempat tinggal bagi majoriti etnik Murut amat berbaloi untuk diterokai dan sungai padas tempat aktiviti lasak seperti rafting amat mengamit perasaan.Tidak lupa singgah di rumah kebudayaan murut yang amat cantik. Masa sehari tidak cukup untuk melakukan dan menjengah banyak tempat menarik. Dengan masa yang amat mencemburui kami meredah KENINGAU-TAMBUNAN-PENAMPANG –UMS sebelah petang dengan perjalanan jalan yang amat mencabar.Dengan kecurangan cerum2 bukit tanpa penghadang amat menyeramkan .

Walaupun penat + exam + Thesis…semua itu berbaloi ditinggalkan seketika untuk merasai pengembaraan ini. Ini kerna , tahun terakhir krik di Sabah(harap2 lar) setelah 3 tahun berkelana di bumi orang. Yang paling bernilai adalah ikatan persahabatan yang ditanam sepanjang perjalanan.U all the best Geng.Jom cuci mata tgk Pic yang sempat di snap..
Gunung Ganang sepanjang perjalanan

Cerum dan jalan berliku sepanjang perjalanan

Taman Pertanian Sabah di Tenom

Tempat yang cantik

MESTI naik basikal untuk pusing taman

Taman dalam taman...

Sesuai bagi mereka yang menyukai keindahan alam

Naik ni pun boleh tuk pusing2

Ada dua tren

Taman yang sangat best

Naik basikal = 1jam = rm 3

Nasi apa entah..murah

4  sekawan viva yang membawa kami

Asrama = rm 15 satu kepala untuk student

Taman tasik pada pagi hari

Sangat cantik

I love flower


Encik Kuda yang single..

Teka buah apa ini...???

Taraaa..

Makanan Unik???

Rumah Kebudayaan Murut

Tempat diorg menari...ada spring ..

Jalan balik yang mencabar + hujan

Flowers again..


P/S:Tahun last tahun berjalan untuk kenangan terindah..






8 comments:

Eza Boom Boom :) said...

bestnye jalan-jalan..okey tak asrama yang RM15 per students tu? kat mana area tu ekk?

Krik Alfie said...

Best kalo sapa yg suker alam sekitar yg indah....Asrama dia sangat ok...ada dapur+peti ais+tv yg ada astro..Taman pertanian ni lebih kurang 8 km dar pekan tenom...masuk dalam kampung....

hawiz said...

wow..menariknyer!!...xpenah smpai sabah..teringin lorh..

Krik Alfie said...

hawiz:ini sampai sabah pun sebab belajar..kalo tak....macm tak akan datang.hahhaha.tapi sabah memang kaya dengan keindahan alam sekitar + awek2 yg comel2.hahahhaha

Bella Latip said...

sabah memang best apa.. hihihihi.... :)

Krik Alfie said...

Bella Latip:banyak tempat cantik sini..banyak lagiii nak explore

Popoi said...

wau22,,, tringin nk p sabah,, ^_^

Krik Alfie said...

Popoi....jom2..murah jer tiket time ada promosi....

Post a Comment

Si Cantik dan Kacak menulis...