Salam semua..rakan blogger…silent reader dan teman-teman sekalian. Kali ini, krik gigihkan diri untuk menaip walaupun malas masih bermaharajalela. Edisi khas krik tujukan untuk rakan sekuliah yang bertanyakan soalan yang sama. Bukan sorang terlalu tapi ramai bertanyakan soalan ini, tidak betah untuk menjawab setiap kali diajukan soalan yang sama. So dari post ini diharap mereka memahami dan clear dan jawapan ini adalah muktamad...Oh..korang mesti tertanya apa soalan yang ditanya? Soalannya berbunyi begini….krik..bila ko nak kawin? ….hahaha..bunyi kelakar tapi memerlukan jawapan yang logik disokong beberapa fakta yang tidak mampu untuk di hujahkan lagi. Menjawap soalan ini, krik sejujurnya tidak akan berkahwin dalam masa terdekat or tahun depan or dua tahun lagi (perancangan krik, kalau Allah tersuratkan lain dari itu ..itu lain cerita)..Buat teman yang bertanya soalan ini..alangkah baiknya andai krik sokong hujah dengan beberapa sebab walaupun korang mengatakan umur sekarang krik dah patut fikirkan tentangnya…
· Krik masih belajar dan insyallah akan menghabiskan pengajian bulan jun nanti (Insyallah)..Maaf kawan-kawan, suka cita dimaklumkan bahawa my priority after keja adalah my parents. Yup, Ma dan abah krik, maaf kawan-kawan. Hidup kita mungkin berbeza..Krik bukan berasal dari keluarga yang kaya. Banyak yang direncanakan untuk my parents yang banyak mengerahkan kudrat untuk krik dan my brothers. Yup, korang mungkin beruntung coz yours parent kerja dengan gomen, ada bisnes sendiri dan bla bla bla..Mungkin korang bertuah…So my keutamaan untuk kumpul duit dan hantar mereka ke Mekah. So before that time krik tak mahu berbicara tentang kawin. I will berikan segala yang my parents tak mampu rasa sebelum ini even mereka tidak pernah minta.That my promise for myself.
· I’m the oldest dalam adik beradik, so krik mahu stabilkan hidup kami sebelum itu. Mostly my friends yg tanya soalan adalah girls….tanggungjawab kita berbeza kawan-kawan..kalaulah korang mampu rasa ada beban di my shoulder untuk merencanakan hidup sebagai abang sulung..krik tak kisah di label kolot dan bla…bla…hidup ini terlalu rumit untuk sesetengah orang…
· Like I said before, krik mahu memiliki house, car dan lain with my own my. After dapat semua itu baru krik akan hitung tentang masam manis perkahwinan. Bercinta itu mudah. Kalau bosan boleh minta putus..tapi kalau kawin sebolehnya kita mahukan mereka yg sanggup sehingga akhir hayat. Hidup bukan hanya berkisar tentang kawin!!!
Nukilan khasnya ini terbit dari hati..ikhlas dari jiwa…lanskap kehidupan kita berbeza..Tuhan maha mengetahui..DIA tahu yang terbaik untuk kita. Andai tertulis jodoh kita akan mendapatnya dan itu PASTI. Moga tiada lagi soalan ini buat seketika. Terlalu panjang untuk mentitipkan semua cerita sepanjang kehidupan krik disini..Buat mereka yang akan berkawin selamat berbahagia..Buat yang merancang…semoga merencanakan hidup..Hidup kita direncanakan berbeza walaupun misi akhirnya adalah sama..
p/s: Nak cepat-cepat habis belajar dan mulakan hidup dengan bekerja
2 comments:
Salam.
Tapi, bila lelaki yang jawab macam tu, senang je orang faham, bila perempuan semua orang tangkis dengan jawapan macam-macam. Lagi2 kalau bukan anak sulung. Situasi manusia berbeza. Tapi, diorang senang je cakap ikut pandangan sendiri.
@cP:itu semua metaliti kita orang melayu..kadang2 ibu bapa si perempuan pun tidak faham...Sabar..Hidup mesti diteruskan..tak mengapa anda bergerak menongkah arus......hidup kita.jadi kita tentukan...
Post a Comment
Si Cantik dan Kacak menulis...