Monday, 22 August 2011

Memori raya



Salam sayang semua.Oleh kerna raya hampir menjelma,krik suka untuk menitipkan rasa syukur coz tahun ini krik akan menyambut raya di kampung halaman bersama keluarga.Usai dua tahun krik beraya di oversea(boleh kan) atau kat Sabah bersama kawan2 yg tak pulang.Ketidak pulangan krik bersebab,dan tidak perlu dipersoalkan.Biar krik n mereka yg pernah tidak pulang sahaja untuk berbicara.Tahun ini, kebetulan kementeriaan tuk menjadikan bulan sembilan sebagai sesi kemasukan yg sepatutnya di lakukan pada bualn tujuh yg lepas.Andai kata sesi kemasukkan bulan tujuh,maka akan tercatat satu lagi memori tuk krik beraya di Sabah.Bukan tidak mendapat cuti,coz kami diperuntukkan cuti selama seminggu dan lebih.Tapi kami bersebab tuk tidak pulang.

Sekadar berkongsi memori beraya puasa di Sabah tahun lepas adalah satu pengalaman  yg mengembirakan bila kita berkongsi dengan kawan2 yg sama2 tidak pulang beraya.Kami beraya sakan sehingga hari raya ke 7. Kehulu kehilir merempit ngan motor cabuk dengan kekuatan 7 moto,kami redah panas,hujan dan malam tuk kehulu kehilir bagi membuang rasa sedih.Bermula hari raya pertama,kami bertungkus lumus menyediakan juadah di kolej tuk menyediakan makanan tuk pelajar seluruh UMS.Memasak,menumis,dan membasuh pada malam raya sehingga fajar subuh  menjelma tidak melemahkan kami.sanggup menyengkang mata dari bersedih di bilik lebih baik bersama2 kawan memeriah kan raya.Lagu raya dipasang kuat dan rendang ayam, kuah laksa,  nasi himpit disediakan.
Misi jalan2.rempit ramai2
pagi raya,kudrat digagahkan walaupun mata berat untuk tertutup pergi kemasjid untuk sembahyang,tapi bila sampai..masjid penuh sesak ngan jemaah warga asing(indo n filipina)membuatkan krik tiada tempat tuk solat(so dengar khutbah jer).Selesai solat(nak jugak tulis solat),bergegas ker Cafe tuk sediakan juadah tuk hidangan 200 tetamu(bajet cm tuan rumah)mostly yg tak pulang adelah non malay lar...so diorg berebut merasa masakan melayu special nih(sbenarnya terpaksa makan coz cafe ttup)...
Taraaa...ni rendang yg kami buat ..lallala
Memori itu indah walaupun kita berjauhan kerna kita ader teman2 yg dekat tuk bersama....Thanks you to my buddies yg sama2 celebrated raya tahun lepas...

                                    

2 comments:

zeehan said...

wahhhh... Pehhh.... :o :o :o
Tak balik raya???... T_T
BTW, selamat hari raya... :)

Krik Alfie said...

yup..best gak raya ngan kawan2..2 tahun jer tak balik(hahahhaha)
selamat ari raya gak zeehan...

Post a Comment

Si Cantik dan Kacak menulis...